Meski mencabar, Hashimah Begum tabah galas tugas pegawai perlindungan kanak-kanak
Apabila Cik Hashimah Begum menjelaskan tentang pekerjaannya kepada ibu bapanya, beliau sekadar berkata tugasnya adalah untuk melindungi kanak-kanak.
Anggaran Waktu Membaca:
Hashimah Begum seorang pegawai perlindungan kanak-kanak bersama MSF.
- Cik Hashimah Begum dari MSF berkongsi tentang tugasnya melindungi kanak-kanak rentan di Singapura, yang melibatkan waktu kerja tidak menentu dan keputusan sukar.
- Pegawai perlindungan perlu berbincang dengan keluarga, guru, doktor dan pihak berkepentingan lain untuk memahami risiko serta merancang pelan keselamatan.
- Dana jagaan S$15 juta dilancarkan untuk agensi khidmat sosial bagi memperkukuh ekosistem perlindungan dan menyediakan sokongan psikologi serta bimbingan mentor.
- Cik Hashimah menekankan cabaran emosi dan kepentingan mewujudkan batasan sihat dengan keluarga, agar mereka mampu mencari bantuan secara mampan dalam jangka panjang.
SINGAPURA: Apabila Cik Hashimah Begum menjelaskan tentang pekerjaannya kepada ibu bapanya, beliau sekadar berkata tugasnya adalah untuk melindungi kanak-kanak.
Namun bagi seorang pegawai perlindungan bersama Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), tugasnya melibatkan waktu bekerja yang tidak menentu, keputusan sukar dan beliau perlu melakukan kunjungan ke rumah dan wad hospital - semata-mata untuk memastikan keselamatan kanak-kanak yang rentan di Singapura.
"Saya rasa apabila anda fikirkan lebih lanjut mengenainya, ia lebih kepada bagaimana kita memastikan ia berlaku," katanya kepada Mediacorp.
Tugasnya memerlukan beliau untuk berbual dan berbincang dengan anggota keluarga dan pihak berkepentingan lain untuk memahami bahaya yang mungkin terlibat, melakarkan pelan keselamatan dan bekerjasama dengan ibu bapa bagi menangani faktor-faktor yang menjejas keupayaan mereka untuk menjaga anak mereka.
Langkah-langkah itu membantu para pegawai melindungi kanak-kanak berdasarkan hasil dapatan daripada setiap siasatan.
SOKONGAN BAGI KELUARGA
Tiada dua hari yang sama, kata Cik Hashimah.
"Terdapat banyak perkara berbeza yang membentuk pekerjaan kami."
Setiap kes memerlukan respons yang disesuaikan, daripada menemu bual kanak-kanak dan ibu bapa hingga bekerjasama dengan guru, doktor dan karyawan khidmat sosial yang lain.
"Kadangkala kita membawa kanak-kanak itu untuk menjalani pemeriksaan perubatan, jika timbul keperluan," katanya.
"Jadi tugas seharian kita benar-benar bergantung kepada keluarga tersebut."
Pekerjaannya mendapat lebih banyak tumpuan selepas dana jagaan S$15 juta bagi agensi khidmat sosial bermula pada Sabtu (1 Feb), yang bertujuan untuk mengukuhkan ekosistem perlindungan di tengah-tengah permintaan yang meningkat dan semakin banyak kes rumit.
Dana jagaan itu diumumkan pada November tahun lalu dalam kenyataan MSF di parlimen mengenai kes kanak-kanak berusia empat tahun, Megan Khung, yang meninggal dunia pada Februari 2020 selepas didera selama berbulan-bulan oleh ibu kandungnya dan teman lelaki ibunya.
Agensi-agensi khidmat sosial boleh memanfaatkan dana itu untuk melancarkan inisiatif kesejahteraan seperti sokongan psikologi dan bimbingan mentor.
Salah satu cabaran paling sukar, kata Cik Hashimah, adalah memberi sokongan kepada keluarga yang belum lagi bersedia menerima bantuan.
"Tetapi cara khidmat perlindungan ini kadangkala dapat dilihat apabila kita melihat adanya keperluan, kita perlu memberikan anda huraian dalam erti kata lain," katanya lagi.
"Kita perlu memberikan anda sokongan sehingga penghujung perjalanan anda. Kita tidak menganggapnya sebagai keperluan untuk sekadar menyiasat, kita faham terdapat keperluan."
Tuntutan emosi peranan ini bermakna keseimbangan antara kerja-kehidupan boleh menjadi sukar.
"Ia agak sukar untuk kita henti bekerja dan keluar pejabat selepas waktu tertentu atau hanya memasuki pejabat pada waktu tertentu," kata Cik Hashimah.
"Jadi berhubung waktu bekerja, saya tidak akan katakan kami mempunyai jadual kerja tetap. Tetapi saya rasa berhubung keseimbangan antara kehidupan dengan pekerjaan, kita cuba yang terbaik untuk mempunyai sesuatu yang tidak boleh dirunding untuk diri kita sendiri."
Mereka juga berusaha untuk mewujudkan batasan yang sihat dengan pelanggan, menjelaskan bahawa penglibatan mereka bukan buat selama-lamanya, dan keluarga perlu "mampan dalam mencari bantuan atau menyokong diri mereka sendiri" dalam jangka panjang, tambahnya.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.