Meski laluan trafik di Novena lebih lancar, pekedai bimbang perniagaan terjejas
Pergerakan kenderaan di kawasan Novena secara umumnya lancar pada hari pertama bekerja sejak beberapa perubahan dilakukan di jalan-jalan raya kawasan itu.
SINGAPURA: Pergerakan kenderaan di kawasan Novena secara umumnya lancar pada hari pertama bekerja sejak beberapa perubahan dilakukan di jalan-jalan raya kawasan itu.
Sejak Ahad (18 Okt), kawasan yang menjadi tumpuan di Novena sudahpun diubah suai. Persimpangannya kini dibahagi dua dengan penambahan satu lampu trafik dan keadaan itu akan dikekalkan selama dua tahun.
Perubahan tersebut bagi memberi laluan kepada pembinaan bahagian bawah tanah projek Koridor Utara-Selatan sepanjang 21.5 kilometer yang akan menghubungkan bahagian utara Singapura ke bahagian tengah bandar.
Buat masa ini, para pegawai polis tambahan dikerahkan untuk menjaga pergerakan trafik. Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan ia sedang memantau rapi keadaan lalu lintas di sana.
Bagi mereka yang menaiki pengangkutan awam pula, Newton Road yang melalui penjajaran semula itu bermakna perhentian bas kini akan ditempatkan lebih jauh sedikit.
Ekoran perubahan itu, beberapa peniaga di daerah tersebut melahirkan kebimbangan ia boleh menjejas perniagaan mereka dengan dua jalan bawah sedia ada kini dalam perancangan untuk dirobohkan.
LTA menyatakan papan tanda lebih jelas akan disediakan untuk membantu para pemandu, penumpang serta pejalan kaki.
Projek Koridor Utara-Selatan dijadualkan siap menjelang tahun 2026.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.