Meski konsert Taylor Swift bawa 'gelombang ekonomi' ia tiada kesan bagi segelintir perniagaan
Anggaran Waktu Membaca:
Restoran makanan laut agak lengang di pusat beli-belah Kallang Wave, 8 Mac 2024. (Gambar: TODAY/Raj Nadarajan)
SINGAPURA: Konsert enam hari bintang popular Taylor Swift di Singapura membawa bersamanya gelombang ekonomi atau boleh juga disebut sebagai 'Swiftnomik'.
Sekalipun demikian, bagi perniagaan-perniagaan kecil, keuntungan itu tidaklah diraih sama rata.
Meskipun banyak perniagaan yang rancak sepanjang minggu Swift berada di sini - antaranya hotel dan peruncit yang menjual pakaian dan aksesori popular dalam kalangan Swifties, terdapat juga perniagaan lain yang mengalami kemerosotan, terutama sekali yang terletak berdekatan Stadium Negara di mana konsert diadakan.
Manfaat ekonomi hasil daripada konsert Swift di sini menjadi tumpuan ramai sejak perjanjian eksklusif dan pemberian geran bagi konsert tersebut untuk menjadi satu-satunya lokasi persembahan di Asia Tenggara didedahkan kepada umum.
Menteri Masyarakat, Kebudayaan dan Belia Edwin Tong berkata di Parlimen pada Isnin (4 Mac) bahawa konsert Swift dijangka membawa manfaat ekonomi menjangkaui jumlah geran yang diberikan kepada pihak Swift.
Ahli ekonomi menganggarkan keuntungan besar bagi perniagaan berkaitan pelayanan seperti syarikat penerbangan, rangkaian hotel dan kedai runcit.
Dalam masa yang sama, terdapat soalan-soalan yang ditanya oleh warga siber tentang sama ada keuntungan itu akan turut dirasakan oleh perniagaan-perniagaan kecil atau orang awam.
Berdasarkan 15 perniagaan yang ditemubual Mediacorp, dari makanan dan minuman hingga jagaan kesihatan, dapatannya bercampur-campur.
Kakitangan restoran Ji Xian Seafood dan Hong Kong Dim Sum Express di Pusat Beli-Belah Kallang Wave, yang terletak bersebelahan stadium, menyaksikan kemerosotan 80 peratus penjualannya.
Seorang kakitangan di restoran dim sum itu memberitahu Mediacorp pada Jumaat (8 Mac) bahawa ramai pelanggan tetap membatalkan tempahan setelah mengetahui tentang konsert Eras Tour Swift, kerana mereka menjangkakan keadaan sesak dan kesukaran mendapatkan tempat meletak kereta.
Pada masa yang sama, beliau berkata kebanyakan yang datang ke konsert itu adalah orang muda dan tidak datang makan di restoran makanan laut sebelum mahupun selepas konsert.
Beliau menambah restoran itu boleh mengisi sekitar 10 meja apabila tiada sebarang acara di stadium tersebut. Namun pada malam konsert Swift, jumlah pelanggan berkurangan kepada purata dua meja sahaja setiap malam.
Ini pengalaman perniagaan paling teruk selepas pandemik.
"Tidak seperti semasa konsert Jacky Cheung (tahun lalu), yang mana penontonnya lebih dewasa dan lebih berkemampuan, dan kami melihat peningkatan dalam perniagaan waktu itu," menurut kakitangan restoran dim sum itu.
Semasa Mediacorp mengunjungi restoran itu sejam sebelum konsert bermula pada Jumaat, ia tiada pelanggan.
Berlainan pula keadaan di pusat penjaja, yang menjadi pilihan para penonton konsert yang rata-rata berusia muda.
Gerai makanan My Kampung di Pusat Beli-Belah Kallang Wave menyaksikan kenaikan jumlah penjualan. Sesuatu yang belum pernah mereka lihat sebelum ini.
Seorang pemilik di gerai makanan Malaysia berkata penjualan meningkat "jauh lebih ketara" berbanding semasa Coldplay adakan konsert. Beliau percaya ini disebabkan peminat lebih muda yang memilih makanan lebih murah.
Kedai makanan Jepun bersebelahan juga menyaksikan kenaikan jualan dua kali ganda sepanjang konsert Swift di sini.
PERNIAGAAN PAKAIAN, KRAF RANCAK
Sebagai perbandingan, perniagaan yang menjual pakaian dan kraf yang dipakai oleh Swifties, rancak sebelum, selepas dan semasa konsert enam hari itu.
Di Bugis Street, pendapatan beberapa kedai yang menjual pakaian bermanik seperti sering digayakan oleh peminat yang datang ke konsert Swift meningkat, walaupun perniagaan itu lazimnya memenuhi keperluan pelanggan lebih dewasa.
Salah satunya ialah Ross Boutique, yang biasanya menjual pakaian sedemikian untuk pelanggan lebih dewasa bagi jamuan malam, acara tarian dan acara sosial lain.
Namun lonjakan pelanggan muda, baik tempatan mahupun dari luar negara sepanjang dua minggu lalu meningkatkan perniagaan sebanyak 30 peratus.
"Ini pertama kali kita adakan konsert yang mana semua orang mahu meniru gaya (Taylor Swift)," kata pemilik Ross Yeo. "Kebetulan kami jual pakaian sedemikian."
Bagi kedai barangan kemas dan aksesori Koi Ming enterprise di People’s Park Centre di Chinatown, pemiliknya juga menyaksikan peningkatan jualan 30 peratus.
Sekarang, setelah selesai konsert, keadaan sudah kurang rancak, kata pemilik bersama Alan Chin.
Namun, beliau tetap bersyukur dengan lonjakan sementara dalam penjualannya dan menambah ia merupakan yang paling tinggi yang pernah dialami perniagaannya dalam sedekad.
Encik Chin juga sudah mula memainkan lagu-lagu Taylor Swift di kedainya walaupun sebelum ini beliau tidak pernah meminati penyanyi itu.
"Selepas mendengar lagu-lagunya, saya rasa saya sukakannya," kata Encik Chin, sambil menambah lagu kegemarannya adalah Enchanted dan Cruel Summer.

Sumber : Today/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.