Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Meski hujan lebat, hampir 30,000 pengunjung hadir meriahkan Konsert Hari Kebangsaan Mediacorp dan Taman di Persisiran

Anggaran Waktu Membaca:
Meski hujan lebat, hampir 30,000 pengunjung hadir meriahkan Konsert Hari Kebangsaan Mediacorp dan Taman di Persisiran

Konsert Hari Kebangsaan Mediacorp & Taman di Persisiran pada Ahad (4 Ogos). (Gambar: BERITA Mediacorp/Nazirah Jamzuri)

SINGAPURA: Hampir 30,000 penonton hadir untuk memeriahkan Konsert Hari Kebangsaan Mediacorp dan Taman di Persisiran di kawasan The Meadow pada Ahad (4 Ogos).

Para pengunjung antaranya dihiburkan oleh para artis tempatan seperti Sezairi Sezali, Shabir, Omarkenobi, Taufik Batisah serta Amni Musfirah.

Untuk lebih membangkitkan lagi semangat Hari Kebangsaan, para penonton juga hadir berpakaian baju merah dan putih.

HUJAN LEBAT, ADA SANGGUP DATANG AWAL

Gambar: BERITA Mediacorp/Nazirah Jamzuri

Meskipun hujan lebat petang tadi, ramai yang sudah datang seawal jam 3.00 petang lagi.

Ini bagi mendapatkan tempat duduk terbaik untuk berada lebih dekat dengan artis kesayangan mereka.

Gambar: BERITA Mediacorp/Nazirah Jamzuri

“Saya ingin menyaksikan persembahan bunga api dan ingin saksikan Taufik Batisah. Saya datang dengan keluarga memandangkan ia hari Ahad jadi kita datang untuk luangkan masa keluarga bersama,” kongsi Cik Siti Nurhashikin kepada wartawan Nazirah Jamzuri.

Ada juga yang ingin menyaksikan anak mereka membuat persembahan.

Gambar: BERITA Mediacorp/Nazirah Jamzuri

“Saya datang dengan keluarga ingin menyaksikan anak saya membuat persembahan dan ingin mendapatkan tempat yang cantik yang di depan,” kongsi Cik Syarifah Rosni.

“Saya juga ingin menyaksikan budak-budak Juara Mic Junior buat persembahan dan juga acara bunga api,” tambah beliau.

Gambar: BERITA Mediacorp/Nazirah Jamzuri

“Kami datang hari ini ingin menyaksikan tengok konsert Hari Kebangsaan sebab sudah sekian lama kami tak datang dan pada masa yang sama, anak saya akan buat persembahan dalam satu segmen, iaitu Sarah Alia dari Juara Mic Junior,” kongsi Encuk Muhammad Iruan Karaman.

“Kami sangat gembira kerana dapat bersama dengan bukan sahaja keluarga saya tetapi juga keluarga kawan saya dan kami sangat seronok di sini,” tambah beliau.

Gambar: BERITA Mediacorp/Nazirah Jamzuri

“Saya ingat tahun lepas, saya datang dan ia sangat meriah dan saya betul-betul terhibur dengan konsert ini dan kemudian ada bunga api yang sangat dekat jadi insya-Allah kali ini ada bunga api yang rapat dengan kita jadi kita ingin rasa kemeriahannya,” kongsi Encik Nazz Elmi pula yang datang bersama isterinya.

GO-KART, PERMAINAN KARNIVAL ANTARA AKTIVITI YANG DISEDIAKAN

Bagi mereka yang datang lebih awal, mereka boleh nikmati pelbagai aktiviti buat seisi keluarga dalam karnival yang dibuka sejak 4.30 petang. 

Gambar: BERITA Mediacorp/Nazirah Jamzuri

Terdapat aktiviti seperti go-kart dan permainan lama yang menimbulkan nostalgia. Selain itu, terdapat juga beberapa gerai makanan dan pelbagai barangan juga diberikan secara percuma.

Untuk persembahan pada malam hari pula, antara yang dinanti-nantikan ialah persembahan lagu tema hari kebangsaan tahun ini iaitu 'Not Alone' oleh Benjamin Kheng.

Gambar: BERITA Mediacorp/Nazirah Jamzuri

Selain itu, tetamu terhormat, Encik Tharman Shanmugaratnam yang buat pertama kali hadir di acara itu sebagai Presiden Singapura juga naik ke pentas untuk melafazkan ikrar negara bersama para penonton.

Presiden Tharman dan isterinya, Puan Jane Ittogi turut disertai anggota Persatuan Orang Pekak Singapura (SADeaf) yang melakukannya dalam Bahasa Isyarat.

Konsert malam itu diakhiri dengan meriah dengan pertunjukan bunga api.

Sumber : BERITA Mediacorp/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan