Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Meski harganya 50% lebih tinggi, jumlah motosikal elektrik meningkat lebih 20 kali ganda tahun lalu

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Mar 2023 07:12PM Dikemas Kini : 05 Mar 2023 08:45PM
SINGAPURA: Jumlah motosikal elektrik yang digunakan di jalan-jalan raya di Singapura telah meningkat lebih 20 kali ganda sepanjang setahun lalu.

Bagaimanapun, kebanyakannya berpunca daripada syarikat-syarikat yang beralih kepada kenderaan lebih mesra alam.

Menurut para pakar industri, masih ada halangan untuk memperluaskan penggunaannya.

Antara salah satu halangannya adalah harganya yang lebih mahal.

Jika dibandingkan dengan motosikal biasa, harga motosikal elektrik adalah kira-kira 50 peratus lebih tinggi.

Mengecas bateri motosikal elektrik juga bukanlah mudah.

Bateri motosikal elektrik tidak boleh dicas di rumah.

Kebanyakan kemudahan mengecas adalah untuk kereta elektrik sahaja.

Maka itu, syarikat pemula tempatan MO Batteries sedang menguji kaedah mengganti bateri.

Ia mahu memperluaskan usahanya namun perlu menantikan syarat-syarat pemerintah yang lebih menyeluruh.

Buat masa ini, undang-undang hanya menentukan jenis motosikal elektrik yang boleh digunakan di jalan-jalan raya dan lebuh raya.

Menurut Presiden Persatuan Perdagangan Motosikal Singapura Rex Tan,walaupun Singapura menyasar untuk henti menggunakan kenderaan bahan api fosil menjelang 2040, ia mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya beberapa tahun lagi sebelum penggunaan motosikal elektrik menjadi satu kebiasaan.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan