Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Meski diberi MC, lelaki didakwa keluar rumah untuk ke IKEA & S'pore Expo

Fathullah Abdul Rahman didakwa atas tiga tuduhan di bawah Akta Penyakit Berjangkit kerana meninggalkan rumahnya meskipun dia perlu mematuhi syarat-syarat pada MCnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Meski diberi MC, lelaki didakwa keluar rumah untuk ke IKEA & S'pore Expo

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 07 May 2021 10:22PM Dikemas Kini : 07 May 2021 10:24PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 22 tahun didakwa di mahkamah hari ini (7 Mei) atas tuduhan berulang kali tidak mengendahkan syarat-syarat yang tertera pada sijil perubatannya (MC) supaya jangan keluar rumah. Sebaliknya, dia keluar ke tempat-tempat seperti IKEA dan Singapore Expo.

Fathullah Abdul Rahman didakwa atas tiga tuduhan di bawah Akta Penyakit Berjangkit kerana meninggalkan rumahnya meskipun dia perlu mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan pada sijil perubatannya itu.

Menurut dokumen dakwaan, dia diberikan sijil perubatan yang menyatakan dia mengalami simptom jangkitan pernafasan akut.

Dia diarahkan supaya jangan keluar rumah antara 2 September dengan 4 September tahun lalu, menurut sijil yang dikeluarkan oleh seorang doktor di Pusat Perubatan Kompleks Akademi Pertahanan Awam.

Fathullah dituduh meninggalkan rumahnya dan melakukan perjalanan dengan menaiki MRT dan bas untuk ke IKEA Tampines.

Pada keesokan harinya, dia didakwa meninggalkan rumahnya dan bertemu dengan seorang wanita di stesen MRT Bedok sebelum ke kawasan Kallang bersama wanita itu.

Pada 17 September 2020, doktor yang sama memberi satu lagi sijil perubatan kepada Fathullah disebabkan simptom-simptom yang sama.

Meskipun disuruh duduk rumah selama tiga hari sehingga 19 September 2020, Fathullah didakwa meninggalkan rumahnya untuk ke Singapore Expo.

Dia akan kembali dihadapkan di mahkamah pada Jun dan dijangka mengaku bersalah.

Bagi setiap tuduhan, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali, jika dia adalah pesalah kali pertama.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan