Meski alami gangguan teknikal, Projek Kasih berjaya pecahkan rekod tahun lalu dengan kutipan S$1.48 juta sejauh ini
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sistem derma online Persatuan Ain mengalami gangguan teknikal selama tiga jam semasa orang ramai cuba menyumbang derma sewaktu siaran langsung konsert Projek Kasih semalam (19 Jan).
Menurut wakil Persatuan Ain, masalah itu disebabkan oleh jumlah transaksi yang tinggi iaitu hampir setengah juta dalam masa hanya dua jam.
"Gangguan itu bukan sahaja pada sistem kami sendiri tapi juga perbankan online kami juga, disebabkan jumlah sumbangan yang tinggi," kata wakil Persatuan Ain.
Gangguan itu bermula sekitar setengah jam selepas konsert bermula iaitu pada kira-kira 9.00 malam dan berjaya diatasi oleh penyedia khidmat pada tengah malam.
Walau bagaimanapun, hanya derma online sahaja yang terjejas iaitu mereka yang cuba membuat transaksi menerusi laman web aindonate.sg.
Selain wadah itu, orang ramai juga boleh menderma menerusi kaedah PayNow.
Bagi mengelak gangguan sedemikian berulang lagi, Persatuan Ain akan cuba menyediakan kaedah lain untuk orang ramai membuat sumbangan.
"Kami akan terus memperbaiki sistem kami dan menyediakan lebih banyak saluran bagi membuat sumbangan. Bukan sahaja menerusi aindonate.sg tapi juga menerusi nombor UEN kami, kod QR bank dan mereka juga boleh datang ke Pusat Persatuan Ain sendiri secara fizikal untuk menderma," kata Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Ain, Yusof Ismail.
BERJAYA PECAHKAN REKOD TAHUN LALU
Setelah gangguan teknikal itu berjaya diatasi, Persatuan Ain mengemas kini jumlah sebenar yang terkumpul menerusi Projek Kasih 2024 iaitu sebanyak S$1,481,263.91.
Jumlah itu kira-kira S$330,000 lebih tinggi daripada jumlah awal yang dilaporkan iaitu S$1,148,503.
Ini juga bermakna Projek Kasih 2024 anjuran Persatuan Ain dan Mediacorp Suria berjaya memecahkan rekod yang dicatatkan tahun lalu iaitu sebanyak S$1,429,380.
Jumlah derma yang terkumpul menerusi konsert Projek Kasih di saluran Mediacorp Suria:
2013 - $559,502
2014 - $528,707
2015 - $627,022
2016 - $626,485
2017 - $620,329
2018 - $738,636
2019 - $511,159
2023 - $1,429,380
2024 - $1,481,263.91 (rekod baharu)
Orang ramai boleh terus menderma melalui wadah-wadah berikut sehingga 30 April 2024:
1) Paynow UEN: T00SS0163F
2) Lelaman: aindonate.sg/pk24

Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.