Mesin penyepit ketam hidup: SPCA buat aduan terhadap restoran makanan laut
Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) Singapura membuat aduan tentang sebuah restoran makanan laut yang menggunakan mesin penyepit untuk "menangkap" ketam hidup.
SINGAPURA: Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) Singapura membuat aduan tentang sebuah restoran makanan laut yang menggunakan mesin penyepit untuk "menangkap" ketam hidup.
Dalam satu catatan Facebook hari ini (23 Okt), SPCA menyatakan penggunaan mesin sedemikian mengundang "bahaya yang tidak perlu kepada binatang" sambil menambah bahawa ia sudahpun melaporkan restoran berkenaan kepada Khidmat Haiwan dan Veterinar (AVS).
SPCA juga menyatakan penggunaan mesin tersebut menggalak orang untuk melihat binatang tidak kurang seperti objek yang boleh dibuat main dan ini bertentangan visinya untuk menjadi sebuah masyarakat lebih ihsan.
Sebuah mesin penyepit biasanya digunakan dalam tempat permainan arked, pameran dan pasar malam. Sebuah penyepit mekanik dikawal oleh seorang pemain yang akan mengemudi alat tersebut di dalam sebuah mesin berisi hadiah.
Penyepit itu akan diturunkan untuk menggenggam sebuah hadiah sebelum dinaikkan semula dan diletakkan ke dalam sebuah kompartmen di mana pemain akan mendapatkan barang tersebut.
"Ketam adalah haiwan hidup, bukan mainan. SPCA menasihati anggota awam supaya tidak mengambil bahagian dalam kegiatan seumpama itu," menurut SPCA.
Gambar-gambar mesin tersebut menyatakan ia adalah kepunyaan sebuah restoran yang beroperasi di Punggol.
Mediacorp sudahpun menghubungi restoran berkenaan untuk mendapatkan pengesahan bahawa mesin itu adalah kepunyaannya, serta responsnya berhubung kenyataan SPCA itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.