Skip to main content

Singapura

Mesin layan diri jual durian akan dipasang di stesen MRT Tampines

Mesin layan diri yang menjual minuman, permainan kanak-kanak mahu pun snek sudah biasa kita lihat.

Anggaran Waktu Membaca:
Mesin layan diri jual durian akan dipasang di stesen MRT Tampines

Salah satu mesin layan diri jual durian Kaki Kaki di sebuah kondominium. (Gambar: Kaki Kaki)

Diterbitkan : 17 Jan 2025 10:17PM Dikemas Kini : 17 Jan 2025 10:18PM
SINGAPURA: Mesin layan diri yang menjual minuman, permainan kanak-kanak mahu pun snek sudah biasa kita lihat.

Bagaimana pula dengan yang menjual buah-buahan, khususnya buah durian?

Para penduduk Tampines tidak lama lagi boleh membeli buah durian dari mesin layan diri.

Ini selepas kedai durian Kaki Kaki mengumumkan ia akan memasang sebuah mesin layan diri menjual durian di stesen MRT Tampines pada bulan ini.

Dalam kiriman emel kepada Mediacorp, jurucakap Kaki Kaki berkata mesin itu akan dipasang pada 21 Januari.

Apabila siap kelak, mesin itu akan menjual bungkusan durian Mao Shan Wang segar yang seberat 400 gram - termasuk bijinya sekali.

Setiap kotak durian dijual pada harga S$38.

Antara 24 Januari hingga 12 Februari, setiap kotak durian itu akan dijual pada harga promosi sebanyak S$18.88.

Pada masa ini, Kaki Kaki mempunyai beberapa mesin layan diri menjual durian di Parc Oasis Club House dan 11 Sembawang Crescent.

Menurut syarikat itu, kesemua buah durian itu digantikan "secara kerap bagi memastikan kesegarannya bergantung pada permintaan dan bekalan".

Untuk mengurangkan pembaziran, buah durian yang tidak dibeli akan dijadikan sebagai puri durian yang akan dibekalkan kepada kedai-kedai dan kedai menjual roti.

Jurucakap Kaki Kaki itu berkata syarikat itu merancang untuk melancarkan lebih banyak mesin layan diri dan meneroka "peluang untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi termasuk pusat beli belah dan ruang runcit untuk menjadikan mesin layan diri mereka lebih mudah untuk diakses".
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita