Mesin ATM ini ajar kanak-kanak kenal pasti penipuan, pupuk sikap celik kewangan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Semakin banyak bank sedang meningkatkan program celik kewangan mereka untuk kanak-kanak bagi membantu kanak-kanak menguruskan wang mereka dengan lebih baik sejak dari usia muda lagi.
Antara inisiatif baru itu adalah koleksi model mesin ATM yang menggunakan animasi untuk meneroka topik-topik kewangan.
Terdapat juga kerjasama dengan agensi-agensi perkhidmatan sosial untuk mengajar kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah tentang cara membuat pilihan perbelanjaan yang bijak.
Model-model ATM yang dihasilkan oleh bank tempatan POSB dan platform pendidikan EYEYAH! ditempatkan di pelbagai sekolah dan perpustakaan awam merata negara.
Pameran tersebut akan berlangsung sehingga 31 Disember dan menyasarkan untuk mendampingi 400,000 guru, ibu bapa dan kanak-kanak.
Cik Lim Bee Bee, ketua pemasaran Kumpulan Perbankan Pelanggan DBS di Singapura, berkata bank itu mahu mempunyai tempat fizikal di mana kanak-kanak boleh belajar selain menggunakan kandungan online.
Kanak-kanak juga mendapat lembaran kerja dan buku kecil aktiviti, yang meneroka topik-topik seperti kadar faedah, tip-tip tentang cara menabung, membezakan antara keperluan dan kemahuan dan membuat pembelian beretika.
Buat masa ini, pameran tersebut dikhususkan untuk kanak-kanak peringkat sekolah rendah, tetapi sesetengah ibu bapa berharap ia dapat menerapkan tabiat ini pada usia yang lebih awal.
MEMBUAT KEPUTUSAN DENGAN WANG
Sebuah lagi bank, UOB, sedang bekerjasama dengan agensi-agensi perkhidmatan sosial untuk membantu kanak-kanak daripada keluarga-keluarga berpendapatan rendah.
Cik Evelyn Choo, pengurus Pusat Jagaan Pelajar Hougang Sheng Hong, berkata: "Kanak-kanak sebenarnya perlu melalui senario dan juga membuat pilihan, mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang kewangan peribadi mereka, dan juga belajar tentang kos lepas."
Sebagai contoh, mereka perlu membuat keputusan sama ada untuk membelanjakan S$2 (AS$1.49) untuk minuman sejuk atau ubat untuk datuk dan nenek mereka.
Sesetengah kanak-kanak bagaimanapun lupa apa yang mereka pelajari selepas sebulan, kata Cik Choo. Ibu bapa boleh terlibat sama dengan membantu mengukuhkan konsep ini di rumah setiap hari, tambahnya.
UOB juga mahu memastikan kanak-kanak terus menerima maklumat yang lebih relevan.
Cik Lilian Chong, ketua jenama kumpulan dan tanggungjawab sosial korporat UOB, menyatakan bahawa memandangkan jumlah penipuan yang berkaitan dengan pembayaran digital semakin meningkat, kanak-kanak perlu mengetahui cara-cara bagi mengenal pasti sebarang penipuan dan berwaspada terhadap ancaman sedemikian.
UOB juga akan melatih para kakitangannya untuk mengendalikan bengkel celik kewangan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.