Mesej WhatsApp tawar kerja bagi 'projek pilihan raya umum' palsu: Jabatan Pilihan Raya
Jabatan Pilihan Raya (ELD) memberi amaran pada Jumaat (12 Apr) tentang satu mesej palsu yang tersebar menerusi WhatsApp
Gambar fail logo WhatsApp pada sebuah telefon bijak. (Gambar: AFP/Yasuyoshi Chiba)
SINGAPURA: Jabatan Pilihan Raya (ELD) memberi amaran pada Jumaat (12 Apr) tentang satu mesej palsu yang tersebar menerusi WhatsApp, menawarkan pekerjaan sementara bagi satu "projek pilihan raya umum akan datang".
Beberapa anggota masyarakat membuat panggilan polis untuk bertanya tentang kesahihan mesej tersebut, menurut ELD.
"Jabatan Pilihan Raya ingin menjelaskan mesej Whatsapp yang meminta para pemohon untuk mendaftar bagi satu projek pilihan raya umum bukan notis rasmi yang dikeluarkan oleh pihak ELD.
"Orang awam dinasihatI supaya berhati-hati dan tidak memberikan data peribadi mereka tanpa pengesahan."
Mesej penipuan berkenaan mengiklankan bahawa kononnya 500 kakitangan sementara diperlukan "untuk projek pilihan raya umum akan datang" antara September dengan Oktober ini.
Mesej itu menyatakan para pekerja akan dibayar S$200 sehari bagi waktu kerja selama 10 hingga 12 jam. Ia menambah, para pemohon yang berminat harus menghantarkan mesej WhatsApp dengan memberikan nama penuh, nombor kad pengenalan atau NRIC, tarikh kelahiran dan kerakyatan kepada nombor telefon yang disediakan.
Pasukan Polis Singapura menyatakan orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan penipuan tersebut boleh menghubungi polis di talian 1800-255-0000 atau menghantarnya secara online menerusi laman www.police.gov.sg/iwitness.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.