Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mesej Whatsapp dakwa subvarian COVID-19 XBB lebih toksik berbanding varian Delta adalah palsu

Anggaran Waktu Membaca:
Mesej Whatsapp dakwa subvarian COVID-19 XBB lebih toksik berbanding varian Delta adalah palsu

(Gambar: TODAY/Ili Nadhirah Mansor)

SINGAPURA: Dakwaan yang disebarkan di Whatsapp bahawa subvarian Omicron XBB COVID-19 "lima kali ganda lebih toksik", lebih boleh membawa maut dan sukar untuk dikesan berbanding varian Delta adalah tidak benar.

Demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOM) pada Rabu (19 Apr).

Dalam satu catatan Facebook, MOH menyatakan bahawa kedua-dua data antarabangsa dan tempatan menunjukkan bahawa subvarian Omicron XBB kurang berbahaya dan tidak mempunyai kadar kematian yang tinggi.

Menurut MOH, ujian COVID-19 boleh mengesan jangkitan COVID-19 termasuk varian XBB.

"Daripada kesemua jenis virus yang ada dalam kalangan masyarakat, tiada varian yang lebih dominan," menurut MOH.

"Tiada bukti yang menunjukkan satu daripadanya boleh menyebabkan kesakitan yang lebih teruk."

MOH menambah bahawa sedang Singapura berada di tengah-tengah gelombang jangkitan COVID-19, setakat ini, kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) berada di paras stabil dan rendah.

Sepanjang sebulan lalu, ia dikatakan bahawa terdapat kurang daripada 10 pesakit COVID-19 di ICU pada satu tempoh yang sama.

Pada 14 April, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata walaupun berlakunya kenaikan pada jumlah kes COVID-19 di Singapura, ia masih merupakan "jumlah kecil" dibandingkan dengan 20,000 atau lebih kes harian yang dilaporkan ketika kemuncak pandemik.

Orang awam dinasihatkan oleh MOH supaya merujuk kepada "sumber maklumat yang boleh dipercayai", dan boleh mengunjungi laman kementerian itu bagi maklumat terkini tentang COVID-19.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan