Mesej 'SG rakan konsisten dan boleh dipercayai' ditekankan Halimah Yacob setiap kali lakukan lawatan negara
Anggaran Waktu Membaca:

Presiden Halimah semasa melakukan lawatan ke London. (Gambar fail: Facebook/Halimah Yacob)
SINGAPURA: Dengan keadaan dunia yang serba-serbi "sangat tidak menentu", penting untuk memupuk kepercayaan dan semangat muhibah kerana hubungan Singapura dengan negara lain terjalin atas usaha bertahun-tahun lamanya, kata Puan Halimah Yacob yang akan mengundurkan diri pada Rabu (13 Sep).
Semasa ditanya dalam satu wawancara bersama CNA tentang mesej apa yang beliau tekankan setiap kali bertemu para pemimpin negara lain sepanjang berkhidmat sebagai Presiden Singapura, Puan Halimah menegaskan betapa pentingnya memberikan mereka keyakinan bahawa Singapura adalah rakan negara yang konsisten dan boleh dipercayai.
"Saya rasa dengan keadaan dunia yang serba-serbi tidak menentu, penting untuk memupuk kepercayaan dan semangat muhibah kerana hubungan dengan negara lain tidak dibina dalam tempoh sehari atau setahun, tetapi bertahun-tahun lamanya secara konsisten," tambah beliau.
Semasa pertemuan sedemikian, Puan Halimah juga memastikan beliau menunjukkan kesungguhan Singapura ingin menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi dan perniagaan dengan negara-negara lain.
"Saya bertemu dengan ramai pemimpin dunia, dan tidak kiralah jika mereka dari negara maju atau negara membangun, kita perlu menjaga imej negara. Jadi apabila kita berunding bersama mereka, bagi inisiatif ekonomi atau kerjasama dalam bidang lain, mereka yakin kita rakan yang boleh dipercayai," tambah Puan Halimah.
"Saya berbesar hati dapat berbual dengan para pemimpin global. (Mereka) sangat menghormati Singapura dan mengiktiraf tadbir urus dan kecekapan di sini, mahupun pemerintah kita yang bersih," kata Puan Halimah sambil menambah bahawa ini "sangat membantunya".

Apabila ditanya tentang tanggapan yang ditinggalkan sebagai Presiden Singapura dari kaum minoriti, Puan Halimah, yang meraikan ulang tahun ke-69 pada Ogos lalu, berkata bahawa beliau sudah melakukan yang terbaik untuk menonjolkan Singapura sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama.
"Saya melakukan yang terbaik pada setiap masa... menonjolkan apa yang ingin ditegakkan Singapura; kesamaan, mobiliti sosial, (keharmonian) kaum. Itu apa yang saya sentiasa cuba lakukan dan saya berharap itulah mesej yang diterima para pemimpin dunia yang saya temui," tambah beliau.
Puan Halimah akan mengundurkan diri sebagai Presiden kelapan Singapura pada 13 September.
Mantan Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam pula akan mengangkat sumpah sebagai Presiden kesembilan Singapura pada keesokan harinya.

Presiden Halimah berkongsi bahawa ada banyak detik yang tidak dapat dilupakan sepanjang beliau berkhidmat. Ada juga "banyak perkara yang dipelajari" semasa melakukan lawatan negara.
Sebagai contoh, semasa melakukan lawatan ke Netherlands, kontinjennya mempelajari tentang pertanian menegak. Singapura pula sedang mengorak langkah untuk menghasilkan 30 peratus makanannya sendiri menjelang 2030.
Puan Halimah juga mendapat tahu dari Ratu Netherlands bahawa kanak-kanak dalam kerabat diraja harus berulang-alik ke sekolah dengan mengayuh basikal.
"Itulah caranya gaya hidup sihat dipupuk, atau mungkin juga kerana para penduduk di sana memang berazam untuk kekal sihat. Amalan itu (secara tidak langsung) mengurangkan pencemaran karbon monoksida... Ia satu contoh sangat menarik," kata Puan Halimah.
Semasa melakukan lawatan ke Malaysia pula, kerajaan di sana menganjurkan satu acara menanam pokok dan bahkan menamakan sejenis orkid dengan namanya - sesuatu yang tidak pernah dilakukan negara jiran tersebut sebelum ini.
"Perkara-perkara ini agak... ia sangat menyentuh hati, kerana mereka melakukan lebih untuk menyambut seorang pemimpin negara dan memastikan (saya) selesa."
Apabila ditanya tentang lawatan beliau ke Arab Saudi sebagai Presiden wanita, Puan Halimah berkata bahawa langkah kerajaan itu bersetuju menyambutnya sahaja satu "pengiktirafan besar" terhadap usaha Singapura memartabatkan kedudukan kaum Hawa dalam masyarakat mahupun bidang ekonomi.
Raja Saudi bahkan mengurniakan beliau satu anugerah berprestij, kongsi Puan Halimah, sambil menambah bahawa Timur Tengah sememangnya sedang menjalani peralihan dan bersedia meneroka cara-cara untuk memperkukuhkan lagi hubungan dua hala dengan negara lain.
Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud menghadiahkan Pingat Raja Abdulaziz kepada Puah Halimah pada 2019. Beliau penerima Singapura pertama bagi pengiktirafan tertinggi buat orang awam dalam Kerajaan Arab Saudi.
Puan Halimah turut mengulas tentang lawatannya ke China di mana beliau bertemu Presiden Xi Jinping, yang mengundangnya ke negara itu sebanyak dua kali - sebagai speaker semasa dialog Tamadun Asia dan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing.
Semasa kedua-dua lawatan ke China, beliau mengadakan "perbincangan sangat baik" dengan Presiden Xi yang disifatkan Puan Halimah sebagai sangat mesra.
Presiden Xi juga beberapa kali mengundang Puan Halimah untuk melakukan lawatan negara tetapi beliau tidak dapat berbuat demikian disebabkan sekatan perjalanan di Singapura dan China.
"Hubungan antara Singapura dengan China sangat baik. Dan ini ditegaskan semasa kami bertemu dan saya rasa ada baiknya (hubungan) ini terus dipelihara," kata Puan Halimah.
China sebuah negara besar yang kaya dengan pelbagai sumber, dan walaupun ekonominya tumbuh lebih perlahan selepas pandemik COVID-19, ia mempunyai "banyak" peluang dalam ekonomi dan hubungan dua hala, tambah beliau.
Puan Halimah sedia maklum tentang ketegangan antara Amerika dengan China tetapi beliau percaya Presiden Xi tahu Singapura mahu bekerjasama dengan semua pihak.
"Saya tentunya berharap hubungan antara dua kuasa besar dunia ini akan pilih kerana ia juga akan menguntungkan seluruh rantau ini."

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.