Mesej dakwa S'pura bedah siasat pesakit, ubah protokol COVID-19 tidak benar: MOH
Satu kiriman mesej yang tersebar yang mendakwa Singapura menjalankan bedah siasat ke atas mayat seorang pesakit COVID-19 dan mengubah protokol-protokol rawatan adalah tidak benar, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).
SINGAPURA: Satu kiriman mesej yang tersebar yang mendakwa Singapura menjalankan bedah siasat ke atas mayat seorang pesakit COVID-19 dan mengubah protokol-protokol rawatan adalah tidak benar, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).
Dalam satu catatan Facebook pada Isnin (7 Jun), MOH menyatakan bahawa mesej itu menyebarkan "maklumat-maklumat palsu berkenaan patofisiologi jangkitan COVID-19, yang tidak berdasarkan bukti terkini."
"Satu lagi versi terdahulu mesej itu yang menyebut negara Rusia bukan Singapura, juga sudah didedahkan sebagai tidak benar," tambah MOH.
Kementerian itu menggesa orang awam supaya tidak menyebarkan maklumat tidak berasas yang boleh mencetuskankan kebimbangan orang ramai.
Salah satu versi mesej itu yang diterima Mediacorp mendakwa bahawa Singapura "adalah negara pertama dalam dunia yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat pesakit COVID-19".
Mesej tersebut turut mendakwa bahawa COVID-19 "bukan sebuah virus tetapi adalah bakteria yang terdedah kepada radiasi dan membawa maut disebabkan penggumpalan dalam darah".
Dalam pada itu, ia mendakwa MOH "dengan serta-merta mengubah protokol COVID-19 dan memberi aspirin kepada para pesakit yang positif COVID-19," dan menurut ahli sains Singapura, ventilator dan unit rawatan rapi (ICU) tidak pernah diperlukan, "serta protokol-protokol sedemikian sudahpun diterbitkan di Singapura".
Mesej tersebut menukil "Kementerian Kesihatan Singapura" sebagai sumber maklumatnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.