Skip to main content

Singapura

Mereka yang tidak divaksin hadapi risiko lebih tinggi masalah jantung selepas pulih daripada COVID

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 09 Oct 2023 06:53PM Dikemas Kini : 09 Oct 2023 09:10PM
SINGAPURA: Sebuah kajian menunjukkan bahawa para pesakit yang pulih daripada COVID-19 namun tidak pernah divaksin, menghadapi risiko lebih tinggi menghadapi masalah jantung.

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Teknologi Nanyang (NTU) itu mendedahkan bahawa mereka menghadapi risiko 56 peratus lebih tinggi.

Masalah jantung berkenaan termasuk kegagalan jantung, serangan angin ahmar serta darah beku, setahun selepas dijangkiti COVID-19.

Kajian itu menggunakan rekod kesihatan daripada 106,000 penduduk Singapura yang dijangkiti COVID-19 antara September hingga November 2021.

Lebih 900 pesakit yang pulih masih mengalami kesan sampingan berpanjangan seperti lelah dan sesak nafas.

Lebih 300 yang tidak mendapatkan vaksin mengalami degupan jantung yang tidak normal selepas setahun.

Pesakit yang mendapatkan suntikan vaksin sebelum dijangkiti menghadapi risiko lebih rendah, iaitu 11 peratus.

Mereka yang mendapatkan suntikan tambahan menghadapi risiko yang sama dengan mereka yang tidak pernah dijangkiti.

Kajian ini merupakan yang pertama dan yang terbesar yang mengkaji kesan jangka panjang COVID-19 di Asia Tenggara.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita