Skip to main content

Singapura

Mercu tanda S'pura bermandi cahaya biru sempena Hari Air Sedunia

Latar langit di Singapura akan bertukar serba biru dari 19 hingga 22 Mac ini sempena memperingati Hari Air Sedunia sekali gus menandakah "komitmen teguh negara terhadap kemampanan air".

Anggaran Waktu Membaca:
Mercu tanda S'pura bermandi cahaya biru sempena Hari Air Sedunia

HabSukan Singapura dinyalakan cahaya biru sempena Hari Air Sedunia 2021. (Gambar: PUB)

SINGAPURA: Latar langit di Singapura akan bertukar serba biru dari 19 hingga 22 Mac ini sempena memperingati Hari Air Sedunia sekali gus menandakah "komitmen teguh negara terhadap kemampanan air".

Inisiatif 'Bandar Menjadi Biru' anjuran PUB itu bakal menyaksikan 56 mercu tanda dan bangunan ikonik "berkilauan dengan cahaya biru mempesonakan", termasuk Astaka Singapura @ Ekspo 2020 Dubai di persada antarabangsa, menurut agensi itu dalam satu kenyataan media pada Khamis (17 Mac).

16 bangunan baru – termasuk Capitol Singapore, Hotel The Fullerton, Pusat Kewangan Marina Bay dan SkyHelix di Sentosa – akan menyertai inisiatif itu bersama-sama dengan mercu tanda lain seperti ION Orchard serta Muzium ArtScience.

Institusi pengajian tinggi juga akan mengambil bahagian dalam insiatif itu buat julung-julung kalinya, termasuk Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Institut Teknologi Singapura (SIT), Kolej ITE, Akademi Seni Halus Nanyang (NAFA) dan Politeknik Temasek.

PUB juga menghimpunkan masyarakat dan perniagaan setempat untuk menyokong komitmen terhadap kemampanan bekalan air itu melalui cara mereka tersendiri sepanjang bulan Mac di bawah gerakan #GoBlue4SG.

Misalnya, Canon Singapore mengadakan peraduan gambar dari 17 hingga 27 Mac bagi masyarakat jurugambar untuk "merakamkan gambar air memukaukan" berdasarkan tema "Air adalah Kehidupan".

Sejumlah 460 rakan kongsi mengambil bahagian dalam Hari Air Sedunia Singapura tahun ini untuk membantu meningkatkan kesedaran mengenai penjimatan air.

Lebih 60 peruncit juga menawarkan promosi dan tawaran bertemakan biru pada bulan ini manakala lebih 130 sekolah serta pertubuhan akan mengadakan kegiatan bertemakan air pada hari “Water Wednesdays”.

Ini termasuk kegiatan khas mencari harta karun di Pusat Pelawat NEWater, dengan kerjasama Sekolah Perempuan Tanjong Katong.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita