Menyelamatkan pekerjaan, wujudkan pekerjaan baru keutamaan pemerintah, kata PM Lee
Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata usaha menyelamatkan dan mewujudkan pekerjaan akan menjadi keutamaan pemerintah.
Para pekerja di daerah perniagaan Raffles di Singapura. (Gambar fail: AFP/ROSLAN RAHMAN)
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata usaha menyelamatkan dan mewujudkan pekerjaan akan menjadi keutamaan pemerintah.
Merujuk kepada teras Belanjawan Kecekalan yang dibentangkan Timbalan Perdaa Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keatpada Selasa (26 Mei), Encik Lee memberi jaminan tiada sesiapa yang akan ketinggalan.
Dalam catatan Facebooknya, Encik Lee berkata pemerintah ada kemampuan untuk menyokong rakyatnya kerana pengorbanan dan kepimpinan Generasi Perintis dalam menyimpan rizab negara.
Encik Lee menambah amalan kewangan berhemat serta disiplin pemerintah-pemerintah Singapura sebelum ini juga meletakkan Singapura dalam kedudukan kukuh untuk mengatasi krisis sekarang dan bangkit lebih kuat selepas pandemik COVID-19 berakhir kelak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.