Menteri Pertahanan Ng Eng Hen berucap di Forum Pertahanan Nasional Reagan di California
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Aqil Haziq Mahmud/CNA)
SINGAPURA: Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen akan berucap di sesi panel Forum Pertahanan Nasional Reagan (RNDF) ke-9 di California, Amerika Syarikat.
Dr Ng akan berada di Simi Valley, California dari 2 hingga 4 Dis ini (waktu Singapura).
Semasa lawatannya itu, Dr Ng juga akan mengadakan perbincangan dua hala dengan pegawai dan bekas pegawai AS, termasuk Setiausaha Tentera Udara Frank Kendall, Pengarah Agensi Keselamatan Negara Jeneral Paul M, Nakasone, serta mantan Setiausaha Pertahanan Mark Esper.
Sejak 2013, RNDF menghimpunkan pemimpin utama dan pihak berkepentingan daripada masyarakat pertahanan
di forum tersebut untuk menangani isu keselamatan negara.
Acara tahun ini akan dihadiri Setiausaha Pertahanan AS Lloyd J. Austin serta pegawai keselamatan AS, beberapa Menteri Pertahanan dari luar negara, ahli kongres, pakar dasar dan pemimpin tentera.

Sumber : CNA/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.