Skip to main content

Singapura

Menteri pertahanan lima negara perkukuh komitmen kepada FPDA

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri pertahanan lima negara perkukuh komitmen kepada FPDA

Menteri Pertahanan Singapura Chan Chun Sing menganjurkan jamuan pagi di luar Dialog Shangri-La ke-22 pada 31 Mei 2025. (Gambar: Kementerian Pertahanan)

Diterbitkan : 31 May 2025 04:39PM Dikemas Kini : 31 May 2025 04:40PM
  • Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) ditubuhkan pada 1971 di tengah-tengah konflik bersenjata di Asia Tenggara, dan ia terdiri daripada Singapura, Malaysia, Australia, New Zealand dan United Kingdom.
  • Semasa jamuan itu, para menteri mengukuhkan komitmen negara kepada FDPA dan peri penting memastikan FPDA dan latihan-latihannya relevan bagi "mengatasi cabaran keselamatan kontemporari", menurut Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF).
  • Edisi 2024 Latihan Bersama Lima (XBL24) menampilkan penyertaan sulung pesawat pejuang generasi kelima seperti jet pejuang F-35 dari Australia dan pesawat ronda maritim P-8 dari New Zealand.
  • "Para menteri juga mengesahkan lagi perkaitan strategik berterusan FPDA sebagai sebuah aturan pertahanan yang membina, telus dan aman yang memainkan peranan penting dalam seni bina keselamatan serantau."
Dijana oleh AI

SINGAPURA: Para menteri dari lima negara mengukuhkan lagi komitmen negara kepada perjanjian pertahanan yang dimeterai lebih 50 tahun lalu.

Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) ditubuhkan pada 1971 di tengah-tengah konflik bersenjata di Asia Tenggara, dan ia terdiri daripada Singapura, Malaysia, Australia, New Zealand dan United Kingdom.

Menteri Pertahanan Singapura Chan Chun Sing menganjurkan jamuan sarapan pada Sabtu (31 Mei) bagi Menteri Pertahanan Australia Richard Marles, Menteri Negara UK Lord Vernon Coaker, Menteri Pertahanan New Zealand Judith Collins dan Menteri Pertahanan Malaysia Mohamed Khaled Nordin di luar Dialog Shangri-La yang ke-22.

Semasa jamuan itu, para menteri mengukuhkan komitmen negara kepada FDPA dan peri penting memastikan FPDA dan latihan-latihannya relevan bagi "mengatasi cabaran keselamatan kontemporari", menurut Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF).

Mereka juga memuji perkembangan perjanjian itu dalam melaksanakan panduan dari Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan FPDA yang ke-12 (FDMM) pada tahun lalu, khususnya dalam meningkatkan kerumitan latihan.

Edisi 2024 Latihan Bersama Lima (XBL24) menampilkan penyertaan sulung pesawat pejuang generasi kelima seperti jet pejuang F-35 dari Australia dan pesawat ronda maritim P-8 dari New Zealand.

"Memandang ke hadapan, para menteri dapat mengalu-alukan penyertaan kapal CSG United Kingdom dalam XBL25, yang merupakan pencapaian bersejarah bagi FPDA dan mengukuhkan lagi peri penting menggunakan aset-aset canggih dalam latihan FDPA bagi mempertingkatkan nilai profesionalnya," menurut MINDEF.

"Para menteri juga mengesahkan lagi perkaitan strategik berterusan FPDA sebagai sebuah aturan pertahanan yang membina, telus dan aman yang memainkan peranan penting dalam seni bina keselamatan serantau."

Sumber : CNA/HA/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita