Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Menteri Pertahanan China bertemu PM Wong; sahkan hubungan mesra dua hala

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 31 May 2024 02:06PM Dikemas Kini : 31 May 2024 10:05PM
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong dan Menteri Pertahanan China Dong Jun mengesahkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin dan mesra antara kedua-dua negara ketika pertemuan mereka di Istana pada Jumaat (31 Mei).

Encik Dong mengadakan pertemuan dengan Encik Wong sebagai sebahagian daripada lawatan pengenalannya ke Singapura.

"Mereka mengalu-alukan interaksi kerap antara kedua-dua pertubuhan pertahanan termasuk lawatan peringkat tinggi, interaksi peringkat tentera dan pertukaran akademik," kata Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF) dalam satu kenyataan media.

Ia menambah bahawa kedua-dua pemimpin juga bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan keselamatan global dan serantau, serta membincangkan cara untuk mengukuhkan kerjasama dan membina kepercayaan bersama di rantau ini.

Ketibaan Encik Dong pada Khamis disambut oleh pengawal kehormat di MINDEF, sebelum beliau mempengerusikan bersama Dialog Menteri Pertahanan Singapura-China ketiga bersama Menteri Pertahanan Ng Eng Hen.

Beliau juga akan menghadiri Dialog Shangri-La yang bermula pada Jumaat, dengan rakan sejawatannya dari Amerika Lloyd Austin turut berada di Singapura untuk acara itu.

Forum keselamatan tahunan itu menghimpunkan ketua pertahanan dari seluruh dunia dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menjadi pengukur hubungan Amerika Syarikat-China.

Presiden Marcos Jr akan menyampaikan ucaptama di Dialog Shangri-La pada Jumaat, menjadikannya ketua negara Filipina pertama yang berbuat demikian pada sidang puncak pertahanan tertinggi Asia itu.

Beberapa pemimpin lain yang bakal berucap di forum keselamatan tahunan itu termasuk Menteri Pertahanan Indonesia dan bakal Presiden Indonesia, Prabowo Subianto. Beliau akan menyampaikan ucapan khas pada 1 Jun.

Encik Prabowo juga dijadual bertemu Encik Wong semasa lawatannya itu.
 
Sumber : CNA/SU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan