Menteri Pertahanan Chan Chun Sing, Laksamana David Johnson tegaskan hubungan dua hala SG-Australia
Ketua pertahanan Australia, Laksamana David Johnson, bertemu dengan Menteri Pertahanan Chan Chun Sing pada pagi Jumaat (29 Ogos).
Ketua pertahanan Australia, Laksamana David Johnson berjabat tangan dengan Menteri Pertahanan Chan Chun Sing. (Gambar: Mediacorp)
Mereka menegaskan semula hubungan rapat antara kedua-dua negara, dan berharap dapat mengukuhkan kerjasama pertahanan di bawah Perkongsian Strategik Komprehensif.
Encik Chan melahirkan penghargaannya di atas sokongan dalam membangunkan kawasan latihan di Australia.
Laksamana Johnston, yang sedang melakukan lawatan pengenalan ke Singapura, memeriksa Kawalan Kehormatan di Kementerian Pertahanan, dan turut melawat Pangkalan Udara Sembawang dan SAFTI City.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.