Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Menteri Penyelaras Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia dianugerahkan Darjah Utama Bakti Cemerlang

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Penyelaras Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia dianugerahkan Darjah Utama Bakti Cemerlang

Gambar: Facebook/Halimah Yacob

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob telah memberi anugerah Darjah Utama Bakti Cemerlang kepada Menteri Penyelaras Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan.

Anugerah itu sebagai mengiktiraf sumbangan besar Encik Luhut kepada hubungan antara Singapura dengan Indonesia selama ini.

Kementerian Luar menyatakan Encik Luhut telah bekerja rapat dengan Singapura sejak tahun 1999 apabila beliau menjadi Duta Besar ke negara ini.

Baru-baru ini, beliau merundingkan perjanjian-perjanjian untuk menghuraikan isu-isu dua hala yang rumit dengan cara yang membina dan terbuka.

Ia merintis jalan bagi Singapura dan Indonesia bekerjasama dalam bidang-bidang lain seperti perubahan iklim dan kemampanan.
Sumber : CNA/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan