Menteri Penguasa Palestin, Dr Estephan Salameh, lakukan lawatan rasmi 4 hari ke SG
Menteri Ehwal Luar, Vivian Balakrishnan menjadi tuan rumah kepada Menteri Kewangan dan Perancangan Penguasa Palestin (PA) sehingga Rabu (25 Feb).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar, Vivian Balakrishnan menjadi tuan rumah kepada Menteri Kewangan dan Perancangan Penguasa Palestin (PA) sehingga Rabu (25 Feb).
Menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA), lawatan rasmi Dr Estephan Salameh itu mengesahkan lagi hubungan muhibah antara Singapura dengan Penguasa Palestin serta sokongan berterusan kepada usaha Palestin membina keupayaannya.
Semasa berada di Singapura, Dr Salameh akan menghadiri majlis-majlis jamuan malam yang dihoskan para menteri Singapura.
Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Faishal Ibrahim, serta Menteri Negara Kesihatan merangkap Penerangan dan Pembangunan Digital, Rahayu Mahzam.
Dr Salameh juga akan melakukan kunjungan ke Institut Pendidikan Teknikal di mana beliau akan menerima taklimat mengenai dasar pendidikan dan pembangunan digital Singapura.

Sumber : CNA/AI/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.