Skip to main content

Singapura

Menteri Pengangkutan S Iswaran hadir di mahkamah hari ini sabit siasatan rasuah

Menteri Pengangkutan S Iswaran hadir di mahkamah hari ini sabit siasatan rasuah.

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Pengangkutan S Iswaran hadir di mahkamah hari ini sabit siasatan rasuah

(Gambar: CNA)

Diterbitkan : 18 Jan 2024 08:44AM Dikemas Kini : 18 Jan 2024 08:46AM
SINGAPURA:
Menteri Pengangkutan S Iswaran hadir di mahkamah hari ini sabit siasatan rasuah.

Beliau diiringi peguam ternama Davinder Singh.

Encik Iswaran menjadi tumpuan siasatan badan pencegah rasuah CPIB sejak Mei tahun lalu.

Beliau ditangkap pada 11 Julai lalu sebelum dibebaskan atas ikat jamin.

Sejak itu, beliau diletakkan di bawah cuti tidak kehadiran.

Hartawan hartanah Ong Beng Seng juga telah diberkas sebagai sebahagian siasatan tersebut.

Encik Ong diminta memberikan maklumat berkaitan interaksinya dengan menteri pengangkutan itu.

Kes itu mendapat perhatian Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Mei lalu.

CPIB memaklumkan PM Lee pihaknya menerima maklumat melibatkan Encik Iswaran.

Menurut CPIB ada merit untuk ia disiasat dan ia sedang mengikuti petunjuk tersebut.

Sekitar seminggu kemudian, pengarah CPIB memberikan taklimat kepada PM Lee tentang hasil siasatannya.

PM Lee kemudian memberikan kelulusan bagi wawancara ke atas Encik Iswaran.

Encik Iswaran kemudian dilihat di tapak CPIB buat kali pertama sejak kes itu tercetus.

Beliau disoal selama sekitar 10 jam di CPIB.

Pada Januari lalu dalam satu kemas kini di parlimen, siasatan dilaporkan sudah selesai dan kes itu sedang disemak oleh Pejabat Peguam Negara.
Sumber : CNA/AA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita