Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Menteri Pengangkutan beri respons kepada kritikan online tentang perhentian bas ‘luar biasa’ di Bukit Timah

 Kementerian Pengangkutan hari ini (26 Mei) memberi respons kepada kritikan online tentang perhentian bas ‘luar biasa’ di Bukit Timah Road dengan menyatakan bahawa ia sebahagian daripada huraian inovatif untuk mengatasi masalah kekurangan ruang.

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Pengangkutan beri respons kepada kritikan online tentang perhentian bas ‘luar biasa’ di Bukit Timah

Perhentian bas bukit timah. (Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 26 May 2018 10:58PM Dikemas Kini : 26 May 2018 11:03PM

SINGAPURA: Kementerian Pengangkutan hari ini (26 Mei) memberi respons kepada kritikan online tentang perhentian bas ‘luar biasa’ di Bukit Timah Road dengan menyatakan bahawa ia sebahagian daripada huraian inovatif untuk mengatasi masalah kekurangan ruang.

Isu tersebut pertama kali diutarakan oleh pengguna Facebook, Mei Shan, yang menulis bahawa reka bentuk perhentian bas itu membuatnya 'keliru'. Beliau turut melampirkan gambar perhentian bas tersebut di mana pagarnya diletakkan di depan perhentian bas.

Catatan itu dikongsi lebih 3,000 kali sejak ia pertama kali dimuat naik Rabu lalu (23 Mei), dengan kebanyakan komen mengkritik reka bentuk perhentian bas kerana para penumpang terpaksa berjalan jauh dari perhentian bas untuk menaiki bas disebabkan pagar-pagar yang dipasang.

Kementerian Pengangkutan memberi respons kepada kritikan online itu menerusi catatan Facebook hari ini, dengan menyatakan bahawa perhentian bas berkenaan dibina sebegitu untuk mengatasi kekurangan ruang. Pada masa yang sama, ia sedemikian rupa bagi mengurangkan kesan lalu lintas kenderaan dan pejalan kaki.

"Keutamaan kami adalah keselamatan para penumpang dan pengguna jalan raya yang lain. Kami juga mesti memastikan keadaan lalu lintas berjalan lancar," menurut catatan itu.

"Para jurutera kami mendapati cara yang luar biasa untuk menempatkan perhentian bas di Bukit Tumah Road ... Mereka juga mengambil kira tempat teduh untuk memastikan para penumpang bas tidak akan terlalu terjejas oleh hujan mahupun sinaran matahari," tambah kementerian itu.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan