Menteri Pendidikan Desmond Lee mahu perkukuh hubungan prasekolah dengan sekolah rendah
Menteri Pendidikan Desmond Lee berkata memperkukuh hubungan antara sektor prasekolah dengan sekolah rendah akan menjadi keutamaan penting beliau.
Matlamatnya, memastikan peralihan yang lancar apabila pelajar beralih ke peringkat seterusnya pendidikan mereka.
Encik Lee berkata demikian semasa melakukan lawatan pertama beliau ke sekolah pada Selasa (8 Jul) sejak memegang portfolio pendidikan dalam Kabinet baru.
"Kebanyakannya adalah berasaskan masyarakat, hubungan berasaskan kejiranan, membina hubungan antara para pengetua sekolah rendah kita dengan para pengetua prasekolah di kawasan kejiranan.
"Ini kerana itulah tempat yang kebanyakan pelajar murid prasekolah kita akan pergi - sekolah rendah - yang kebanyakannya berdekatan dengan rumah sendiri," kata Encik Lee.
Sempena lawatan beliau ke Sekolah Rendah Oasis ini, Encik Lee mengikuti beberapa kelas - termasuk seni dan bahasa ibunda.
Berhubung langkah mengurangkan tekanan berlebihan ekoran persaingan di sekolah, Encik Lee berkata usaha sedang dijalankan oleh MOE.
Beliau menegaskan pelbagai usaha dilakukan sejak beberapa tahun lalu seperti memansuhkan ujian pertengahan tahun di peringkat sekolah rendah dan menengah.
Namun beliau menambah, ibu bapa juga
mempunyai peranan penting di rumah dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif.
"Penekanan kepada kemahiran hidup, sistem nilai dan memupuk kebijaksanaan - bukan hanya mengejar akademik semata-mata.
"Jadi ada banyak lagi perkara yang perlu kami semak. Tapi saya rasa berkaitan dengan sistem pendidikan, kami mahu terus memperbaikinya. Namun kami mahu melakukan pendekatan lebih luas, mendekati secara mendalam untuk lebih memahami apakah idea-idea tersebut sebelum kita teruskan," katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.