Menteri Negara Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia Zaqy Mohamad dilantik sebagai Timbalan Whip PAP
Dr Janil Puthucheary akan dilantik sebagai Whip Parti Parti Tindakan Rakyat (PAP) berkuat kuasa hari ini (6 Jun). Beliau akan mengambil alih tugas itu daripada Encik Chan Chun Sing yang sudah berkhidmat selaku Whip Parti sejak 28 September 2015.
SINGAPURA: Dr Janil Puthucheary akan dilantik sebagai Whip Parti Parti Tindakan Rakyat (PAP) berkuat kuasa hari ini (6 Jun). Beliau akan mengambil alih tugas itu daripada Encik Chan Chun Sing yang sudah berkhidmat selaku Whip Parti sejak 28 September 2015.
Dr Janil juga adalah Menteri Negara Kanan Perhubungan dan Penerangan merangkap Pengangkutan serta Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol.
Beliau akan dibantu oleh dua Timbalan Whip PAP iaitu Cik Sim Ann, Menteri Negara Kanan Perhubungan dan Penerangan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia yang juga AP GRC Holland-Bukit Timah dan Encik Zaqy Mohamad, Menteri Negara Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia yang juga AP GRC Chua Chu Kang.
Encik Zaqy akan mengambil alih tugas Encik Sam Tan yang menggalas tugas itu sejak 28 September 2015.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.