Menteri Negara Kanan Koh Poh Koon letak jawatan atas sebab keluarga
Anggaran Waktu Membaca:
- Dr Koh Poh Koon akan meletak jawatan sebagai Menteri Negara Kanan Tenaga Kerja dan Kesihatan bermula 1 Jun atas sebab keluarga.
- Perdana Menteri Lawrence Wong menerima peletakan jawatan itu dan mengucapkan terima kasih atas sumbangan Dr Koh dalam pelbagai portfolio selama sedekad.
- Dr Koh akan terus berkhidmat sebagai Anggota Parlimen bagi Tampines Central untuk memberi tumpuan kepada penduduk kawasan tersebut.
- Keputusan Dr Koh dibuat selepas perbincangan bersama keluarga, dengan hasrat untuk meluangkan lebih masa bersama mereka dan menyokong isterinya.
SINGAPURA: Menteri Negara Kanan Dr Koh Poh Koon akan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Negara Kanan Tenaga Kerja merangkap Menteri Negara Kanan Kesihatan bermula 1 Jun ini.
Dr Koh memohon untuk berundur daripada jawatan awam "atas sebab-sebab keluarga", menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Jumaat (22 Mei).
Perdana Menteri Lawrence Wong sudah menerima peletakan jawatan beliau, jelas PMO.
“Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada Dr Koh atas perkhidmatan beliau selama sedekad sebagai pemegang jawatan politik, dan atas sumbangannya dalam pelbagai portfolio termasuk perdagangan dan industri, tenaga kerja, kesihatan, kemampanan dan alam sekitar, pembangunan nasional serta Pergerakan Buruh,” menurut PMO.
KENYATAAN PMO MENGENAI PELETAKAN JAWATAN DR KOH
Menteri Negara Kanan Dr Koh Poh Koon memohon untuk berundur daripada jawatan awam atas sebab keluarga. Perdana Menteri sudah menerima peletakan jawatan beliau.
Dr Koh akan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Negara Kanan bagi Tenaga Kerja dan Menteri Negara Kanan bagi Kesihatan berkuat kuasa 1 Jun 2026.
Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada Dr Koh atas perkhidmatan beliau selama sedekad sebagai pemegang jawatan politik, dan atas sumbangannya dalam pelbagai portfolio termasuk perdagangan dan industri, tenaga kerja, kesihatan, kemampanan dan alam sekitar, pembangunan negara serta Pergerakan Buruh.
Semasa berada di Kementerian Pembangunan Negara dan Kementerian Kemampanan dan Sekitaran, Dr Koh menerajui usaha untuk membangunkan sektor agromakanan, memperkukuh keselamatan dan jaminan makanan, serta menambah baik amalan kemampanan.
Menerusi jawatannya di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan, Kementerian Tenaga Kerja, dan NTUC, Dr Koh bekerja keras tanpa penat lelah untuk memperkukuh sokongan bagi perniagaan, pekerja, dan rakyat Singapura yang berpendapatan rendah.
Beliau memacu usaha memperkasakan ekosistem perusahaan bagi memastikan pekerja mendapat manfaat daripada transformasi perniagaan.
Beliau juga membantu memperluaskan Model Gaji Progresif ke lebih banyak sektor, mempertingkatkan perlindungan untuk pekerja platform serta menentang diskriminasi di tempat kerja, selain memperjuangkan sokongan yang lebih kuat untuk warga emas dan penjaga.
Sepanjang tempoh itu, Dr Koh mendekati setiap isu dengan penuh perhatian dan seimbang, bagi menyokong kedua-dua pihak iaitu perniagaan dan pekerja secara adil dan mampan.
Di Kementerian Kesihatan pula, Dr Koh memanfaatkan pengalaman klinikalnya sebagai doktor untuk membantu merangka dasar yang berpandangan jauh.
Beliau menyumbang kepada usaha memastikan kos jagaan kesihatan kekal berpatutan dan mudah diakses, memperkukuh penjagaan pencegahan melalui inisiatif seperti SG Lebih Sihat dan Sihat Menua SG, serta menyokong pembangunan tenaga kerja kesihatan yang lebih mantap.
Sepanjang tahun-tahun perkhidmatannya dalam pemerintah, Dr Koh berkhidmat dengan penuh dedikasi, kebijaksanaan, dan rasa tanggungjawab yang mendalam. Sumbangan beliau telah membawa perubahan kepada kehidupan ramai rakyat Singapura.
Dr Koh akan terus berkhidmat kepada para penduduk di Bahagian Tampines Central sebagai Anggota Parlimen bagi GRC Tampines. Perdana Menteri berharap beliau akan terus menyumbang dalam kapasiti tersebut.
"AMAT BERTERIMA KASIH": PM WONG
Dalam satu catatan di Facebook pada Jumaat, Perdana Menteri Lawrence Wong berkata beliau amat berterima kasih atas sumbangan Dr Koh selama bertahun-tahun kepada Singapura.
"Walaupun saya sedih kehilangan seorang anggota pasukan yang berdedikasi, saya memahami keinginan beliau untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarganya, dan sudah menerima permohonan tersebut," kata Encik Wong.
"Saya gembira beliau akan terus berkhidmat kepada penduduknya di Tampines Central dan menyumbang di parlimen."
Encik Wong menambah bahawa beliau mengenali Dr Koh selama bertahun-tahun, termasuk ketika mereka berkhidmat bersama di Kementerian Pembangunan Negara. Di sana, beliau melihat sendiri “pendekatan Dr Koh yang teliti dan mendalam terhadap sesuatu isu” serta “betapa beliau amat mengambil berat tentang usaha meningkatkan taraf hidup rakyat kita".
Beliau turut menekankan usaha Dr Koh yang menerajui pasukan petugas susu tepung bayi, yang berjaya memperkenalkan pilihan yang lebih berpatutan, memperketat peraturan terhadap dakwaan premium yang mengelirukan, dan menukar amalan pihak hospital bagi memberikan ibu bapa pilihan serta ketelusan yang lebih luas.
"KELUARGA MEMERLUKAN PERHATIAN SAYA": KOH
Dalam satu catatan di Instagram pada Jumaat, Dr Koh menyatakan rasa syukur atas kepercayaan dan keyakinan yang diberikan oleh Perdana Menteri untuk beliau memegang jawatan yang lebih tinggi dalam penggal pemerintah kali ini.
“Bagaimanapun, saya menjadi seorang suami, bapa, dan anak yang sering tiada di rumah sejak saya melangkah ke arena politik pada tahun 2015, kerana meletakkan keperluan Singapura dan penduduk kawasan saya melebihi keluarga sendiri,” tambahnya.
“Sudah terlalu lama isteri saya memikul sebahagian besar bebanan di rumah, sering kali terpaksa menjaga ibu bapa dan anak-anak kami seorang diri.”
Beliau membuat keputusan tersebut “dengan berat hati” selepas banyak pertimbangan dan perbincangan bersama keluarganya, tambah beliau lagi.
Selepas baru-baru ini menyelesaikan tugasnya dalam Jawatankuasa Semakan Strategik Ekonomi, Dr Koh merasakan ini adalah masa yang sesuai untuk memfokuskan semula keutamaannya, kata beliau dalam sebuah video.
“Buat masa ini, keluarga saya memerlukan perhatian saya dan ini sukar dibahagikan dengan tugas berat sebagai seorang anggota politik,” kata Dr Koh.
Walaupun beliau akan meneruskan tugasnya sebagai Anggota Parlimen (AP), beliau perlu memainkan peranan yang lebih besar untuk menyokong isterinya dengan lebih baik, dan “melakukan apa yang betul” demi keluarga mereka.
Beliau menambah bahawa beliau akan mengambil masa beberapa bulan akan datang untuk meluangkan masa bersama keluarga serta memikirkan langkah seterusnya.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.