Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Menteri MSE Grace Fu diuji positif COVID-19 ketika di Copenhagen

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu diuji positif COVID-19 semasa berada di Copenhagen. 

Cik Fu mendedahkan menerusi catatan di Facebook pada Ahad (15 Mei) bahawa beliau diuji positif setelah tiba dari Amsterdam. 

"(Saya) masih berkesempatan untuk menghadiri Mesyuarat Peringkat Menteri mengenai Perubahan Iklim menerusi Zoom walaupun suara saya serak," kata beliau sambil mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekerjanya dan menteri-menteri lain kerana bertolak ansur dengannya. 

Mesyuarat mengenai perubahan iklim itu, yang dianjurkan bersama oleh United Kingdom (UK) dan Mesir, menghimpunkan menteri-menteri dari lebih 40 negara di Copenhagen untuk membincangkan komitmen mereka terhadap Perjanjian Iklim Glasgow. 

Ia akan memberi tumpuan kepada tindakan-tindakan praktikal yang diperlukan untuk beralih daripada rundingan kepada pelaksanaan menjelang Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2022, atau COP27, yang akan akan diadakan di Mesir pada November nanti. 

Cik Fu berkata dalam catatan Facebooknya bahawa beliau mengalami "gejala ringan seakan-akan demam selesema, seperti hidung berair dan demam" tetapi selain itu, beliau berada dalam keadaan "agak sihat". 

Cik Fu sudahpun mengasingkan dirinya sejak diuji positif dan menundakan perjalanan pulang ke Singapura. 

Dalam catatannya, Cik Fu turut berkata bahawa beliau menangani COVID-19 dengan membuat yoga, yang menurutnya, "sangat membantu dalam pernafasan dan kapasiti jantungnya". 

"Harap dapat kembali bekerja dalam masa terdekat!" ujarnya. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan