Skip to main content

Singapura

Menteri MOF Lawrence Wong akan bentang Belanjawan 2022 pada 3.30 petang, 18 Feb

Kenyataan Belanjawan Singapura 2022 akan disampaikan oleh Menteri Kewangan Lawrence Wong di Parlimen pada 3.30 petang, 18 Feb.

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri MOF Lawrence Wong akan bentang Belanjawan 2022 pada 3.30 petang, 18 Feb

Encik Lawrence Wong semasa forum anjuran IPS dan RSIS pada 25 Jun 2021 (Gambar fail: IPS)

Diterbitkan : 07 Feb 2022 06:03PM Dikemas Kini : 08 Feb 2022 05:55PM

SINGAPURA: Kenyataan Belanjawan Singapura 2022 akan disampaikan oleh Menteri Kewangan Lawrence Wong di Parlimen pada 3.30 petang, 18 Feb.

Kenyataan Belanjawan itu akan disiarkan secara langsung melalui Saluran 5, CNA, CNA938, Capital 958, laman CNA, YouTube CNA, Facebook CNA, 8 World News, YouTube 8 World News, Facebook 8 World News serta meWATCH Mediacorp dan laman Facebook BERITA Mediacorp.

Persatuan Orang Pekak Singapura (SADeaf) juga akan menyediakan tafsiran bahasa isyarat secara serentak bagi kenyataan Belanjawan itu di Saluran 5.

Kemas kini pada masa nyata berhubung pengumuman utama daripada ucapan tersebut juga akan dimuat naik ke halaman Facebook serta akaun-akaun Instagram dan Facebook Kementerian Kewangan (MOF).

Anggota masyarakat boleh melayari laman Belanjawan Singapura dan mendapatkan kenyataan penuh Belanjawan 2022 melalui emel selepas ia dibentangkan. Khidmat ini akan disediakan bagi pendaftaran sehingga 2.00 petang pada 18 Februari.

MAKLUM BALAS BAGI KENYATAAN BELANJAWAN 2022

MOF dan pelbagai agensi termasuk REACH serta Persatuan Rakyat (PA) sudahpun mendampingi orang awam menjelang pembentangan Belanjawan 2022 sejak Disember tahun lalu.

Berikutan pembentangan kenyataan itu nanti, masyarakat awam boleh menyerahkan pandangan mereka mengenai Belanjawan tersebut melalui pelbagai saluran maklum balas.

Ini termasuk laman Belanjawan Singapura, laman Belanjawan REACH, laman Facebook REACH Singapore serta akaun Instagram REACH Singapore.

REACH juga akan mengadakan dua perbincangan Belanjawan secara maya pada 24 dan 26 Februari - masing-masing dalam bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin.

Menteri Kedua Kewangan Indranee Rajah akan mempengerusikan sesi dalam bahasa Inggeris manakala Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo pula akan memimpin sesi dalam bahasa Mandarin.

Pengerusi REACH, Tan Kiat How, juga akan turut hadir di kedua-dua sesi perbincangan tersebut.

Selain itu, REACH akan pondok-pondok untuk mengumpul maklum balas di "lokasi-lokasi dengan pergerakan orang awam yang tinggi" merata negara bagi mengumpul pandangan serta saranan berhubung Belanjawan 2022.

Butiran mengenai tempat untuk mendengarkan maklum balas ini boleh didapatkan di laman Belanjawan REACH. Anggota masyarakat juga boleh menyertai kumpulan sembang WhatsApp REACH untuk berkongsi maklum balas mereka.

PA dan pertubuhan akar umbinya akan menganjurkan dialog pasca Belanjawan untuk mendampingi penduduk mengenai inisiatif-inisiatif Belanjawan 2022.

Sesiapa yang berminat boleh mendaftar di go.gov.sg/postbudget2022 sehingga 28 Februari, jam 2.00 petang.

Di tengah-tengah pandemik COVID-19 yang kian berubah-ubah, rancangan pendampingan dan pelibatan pasca Belanjawan mungkin disesuaikan bagi menjaga keselamatan awam.

Kemas kini akan dimuat naik ke laman-laman MOF, REACH serta PA ataupun melalui saluran media sosial.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita