Menteri MND sangkal dakwaan Leong Mun Wai siswazah kini dalam kedudukan kewangan 'lebih teruk' untuk beli flat
Anggaran Waktu Membaca:
Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi Leong Mun Wai(kiri) dan Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee di Parlimen pada 7 Mac, 2025.
- Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee pada Jumaat (7 Mac) menyangkal Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Leong Mun Wai yang mendakwa bahawa graduan hari ini berada dalam kedudukan kewangan yang lebih teruk dari segi kemampuan perumahan.
- Encik Leong berkata gaji permulaan median bagi siswazah universiti pada 1979 ialah S$957 sebulan, manakala lulusan NTC-3 dari Lembaga Latihan Vokasional dan Industri (VITB), sebelum ia kemudian dikenali sebagai Institut Pendidikan Teknikal (ITE), memperoleh S$633.
- Menjawab dakwaan itu, Encik Lee berkata Singapura pada 1979 "sangat berbeza" daripada Singapura hari ini.
- Pada tahun 1979, hanya 68 peratus penduduk menetap di HDB, dengan 62 peratus memiliki flat mereka.
SINGAPURA: Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee pada Jumaat (7 Mac) menyangkal Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Leong Mun Wai yang mendakwa bahawa graduan hari ini berada dalam kedudukan kewangan yang lebih teruk dari segi kemampuan perumahan.
Berucap semasa perbahasan mengenai belanjawan Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Encik Leong berkata bahawa siswazah menghadapi cabaran yang lebih besar untuk membeli rumah berbanding generasi lalu.
Dalam ucapannya yang disampaikan pada Khamis (6 Mac), beliau membandingkan gaji permulaan median graduan dengan harga rumah pada 1979 dan 2025 untuk menyokong dakwaannya.
Dalam responsnya, Encik Lee membalas dengan mengatakan bahawa hujah Encik Leong adalah berdasarkan penggunaan data "tertentu", dengan melihat perubahan tahap pendidikan, peralihan dalam pasaran jualan semula dan penambahbaikan pada mutu perumahan selama beberapa dekad.
GAJI PERMULAAN & HARGA FLAT
Encik Leong berkata gaji permulaan median bagi siswazah universiti pada 1979 ialah S$957 sebulan, manakala lulusan NTC-3 dari Lembaga Latihan Vokasional dan Industri (VITB), sebelum ia kemudian dikenali sebagai Institut Pendidikan Teknikal (ITE), memperoleh S$633.
NCMP Parti Kemajuan Singapura (PSP) itu kemudian membandingkan gaji permulaan ini dengan harga flat empat bilik baharu yang terletak di bandar baharu – satu daripada tiga kategori flat yang digunakan oleh HDB pada tahun 1970-an – yang mempunyai harga jualan sebanyak S$27,100 pada Julai 1979.
Harga flat empat bilik itu bersamaan dengan kira-kira 28 kali ganda gaji permulaan median siswazah universiti atau 43 kali ganda gaji permulaan median lulusan VITB, kata Encik Leong.
Sebaliknya, menjelang 2024, gaji permulaan median siswazah universiti telah meningkat kepada S$4,500 sebulan tetapi flat empat bilik termurah yang ditawarkan dalam jualan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) pada Oktober lalu ialah S$290,000, tidak termasuk geran.
Ini bersamaan 64 kali ganda gaji permulaan median seorang siswazah universiti, katanya.
Flat lima bilik paling murah yang ditawarkan, pada harga S$427,000, adalah 95 kali ganda gaji permulaan median seorang siswazah, tambahnya.
“Berdasarkan kemampuan perumahan, median siswazah universiti hari ini lebih teruk daripada median lulusan ITE pada akhir 1970-an dan awal 1980-an,” dakwa Encik Leong.
Walaupun "perlumbaan pendidikan", siswazah universiti hari ini hanya mampu membeli "flat yang lebih kecil dan lebih mahal daripada apa yang boleh dibeli oleh lulusan ITE 45 tahun lalu". "Prospek lebih malap" bagi mereka yang tidak mempunyai ijazah, tambahnya.
PERUMAHAN PADA 1979 "SANGAT BERBEZA" DARI 2025: DESMOND LEE
Menjawab dakwaan itu, Encik Lee berkata Singapura pada 1979 "sangat berbeza" daripada Singapura hari ini.
Pertama, hanya 4 peratus daripada setiap kohort pada tahun 1979 melangkah ke universiti, berbanding lebih daripada 40 peratus hari ini.
Begitu juga, hanya 9 peratus daripada setiap kohort melangkah ke VITB ketika itu, berbanding sekitar 60 peratus yang melayakkan diri ke politeknik dan ITE sekarang.
“Sebahagian besar setiap kohort hari ini layak ke universiti, politeknik dan ITE, berbanding hanya sekitar 13 peratus pergi ke universiti dan VITB pada 1979,” kata Encik Lee.
"Encik Leong membandingkan kemampuan perumahan untuk kumpulan kecil pada tahun 1979 dengan kemampuan perumahan untuk sebahagian besar rakyat Singapura hari ini," tambahnya.
“Beliau juga tidak membentangkan gambaran kemampuan untuk majoriti rakyat Singapura pada tahun 1979 yang kurang berpendidikan, kurang mahir dan berpendapatan lebih rendah pada zaman awal Singapura itu.”
Pada tahun 1979, hanya 68 peratus penduduk menetap di HDB, dengan 62 peratus memiliki flat mereka. Kini, lebih 80 peratus rakyat Singapura tinggal di HDB, dan lebih 90 peratus adalah pemilik rumah.
Tahun lalu, lebih lapan daripada 10 isi rumah pemohon kali pertama mengambil kunci flat BTO dan flat jualan semula mereka "menggunakan sedikit atau tiada wang tunai" untuk membayar ansuran gadai janji bulanan mereka, kata Encik Lee.
Kedua, jenis flat yang dibina pada 1979 ialah "rumah yang ringkas dan berfungsi di estet dengan kemudahan yang sedikit dan rangkaian pengangkutan yang sangat terhad".
Flat hari ini dilengkapi dengan "kemudahan moden dan perhubungan pengangkutan yang jauh lebih baik" yang menawarkan taraf kehidupan yang lebih tinggi kepada penduduk, kata Encik Lee.
Ketiga, Encik Lee berkata pasaran perumahan pada 1979 adalah "sangat berbeza" kerana terdapat "hampir tiada pasaran jualan semula ketika itu".

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.