Skip to main content

Singapura

Menteri MDDI Josephine Teo sifatkan gangguan siber global "serius dan membimbangkan"

Anggaran Waktu Membaca:
 Menteri MDDI Josephine Teo sifatkan gangguan siber global "serius dan membimbangkan"

Orang ramai di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi akibat gangguan siber global pada 19 Jul 2024. (Gambar: Marcus Mark Ramos/CNA)

SINGAPURA: Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) Josephine Teo menyifatkan gangguan khidmat IT global yang berlaku semalam sebagai "serius dan membimbangkan".

Gangguan IT itu menjejas pelbagai perkhidmatan utama seperti penerbangan, perbankan, hospital dan operasi syarikat.

Cik Teo berkata pemerintah sedang berhubungan dengan Microsoft dan syarikat-syarikat teknologi lain bagi menimba pengajaran daripada insiden itu.

Cik Teo menambah pasukannya bekerja sepanjang malam untuk menghulurkan sokongan kepada perniagaan yang perkhidmatannya bagi orang ramai sudah terjejas.

Beliau menekankan betapa pertubuhan-pertubuhan mesti sentiasa ada rancangan pemulihan dan keupayaan untuk melaksanakannya dengan pantas apabila perlu.

Ini kerana insiden seumpama itu boleh berlaku lagi.

Sementara itu, syarikat keselamatan siber CrowdStrike, yang mana kemas kini ke atas perisiannya membawa kepada gangguan IT global itu, menyatakan ia sudah melancarkan kerja-kerja bagi membaiki masalah tersebut.

Namun menurutnya, ia mungkin mengambil tempoh beberapa hari sebelum keadaan kembali normal.

Di Lapangan Terbang Changi, sistem-sistemnya bagi sesetengah syarikat penerbangan masih lagi terjejas.

Ini sekalipun selepas lebih 24 kam gangguan khidmat siber itu berlaku.

Di kawasan pendaftaran masuk AirAsia, kaunter meletak bag automatik masih tidak boleh digunakan.

Petang tadi, syarikat penerbangan tambang rendah itu menasihati para penumpang supaya tiba awal sekiranya berlaku sebarang kelengahan.

Scoot pula menyatakan beberapa penerbangannya masih lagi tertangguh akibat gangguan itu.

Setakat pagi tadi, Lapangan Terbang Changi menyatakan ia menghulurkan sokongan menerusi sumber tambahan kepada syarikat-syarikat penerbangan yang masih lagi perlu melakukan pendaftaran masuk secara manual.
 
Sumber : CNA/FZ/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita