Skip to main content

Singapura

Menteri Masagos lakukan lawatan empat hari ke Mesir, Jordan

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli, bakal melakukan lawatan empat hari ke Mesir dan Jordan dari 10 hingga 13 Mac.

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Masagos lakukan lawatan empat hari ke Mesir, Jordan

Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli.

Diterbitkan : 09 Mar 2019 06:46PM Dikemas Kini : 10 Mar 2019 01:21PM

SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli, bakal melakukan lawatan empat hari ke Mesir dan Jordan dari 10 hingga 13 Mac.

Demikian menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) hari ini (09 Mac).

Encik Masagos akan diiringi oleh Ketua Eksekutif MUIS, Esa Masood, dan beberapa pegawai kanan yang lain

Rombongan Encik Masagos akan mengadakan pertemuan dengan para pelajar Singapura yang menuntut di Universiti Al-Azhar di Kaherah serta Universiti Jordan di Amman.

Semasa di Kaherah, Menteri Masagos dijadualkan bertemu dengan Mufti Besar Mesir, Dr Shawki Ibrahim Abdul Kareem ‘Allam, dan Imam Besar Universiti Al-Azhar, Dr Ahmed Al-Tayyeb.

Kedua-dua sesi itu sebahagian daripada usaha menyeluruh MUIS untuk memperkukuhkan pembangunan asatizah dan mempersiapkan para pelajar bagi alam pekerjaan sekembalinya mereka ke tanah air.

Semua usaha ini sejajar dengan pengumuman Encik Masagos dan Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar, Dr Maliki Osman, di perbahasan Jawatankuasa Perbekalan untuk mendukung pembangunan golongan asatizah masa depan. 

Sumber : CNA/FZ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita