Menteri Luar China berada di SG bagi lawatan 2 hari
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Luar China Wang Yi kini berada di Singapura sehingga Jumaat (11 Ogos) bagi lawatan dua hari.
Singapura menjadi persinggahan pertama rangka lawatan beliau ke Asia Tenggara bagi mengukuhkan hubungan di rantau tersebut.
Beliau seterusnya akan melawat Malaysia dan Kemboja.

Beijing menyatakan lawatan tersebut bertujuan menggalak inisiatif-inisiatif keselamatan dan pengembangan sejagat.
Kementerian Ehwal Luar (MFA) menyatakan Encik Wang akan menghadiri jamuan malam yang dihoskan rakan sejawatannya, Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan.
Beliau juga akan bertemu dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong semasa berada di sini.
Encik Wang dilantik semula sebagai diplomat tertinggi China selepas penggantinya, Qin Gang, digugurkan daripada jawatan itu bulan lalu.

BACA:
Sumber : CNA/FA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.