Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Menteri Luar ASEAN akan bincang usaha pertingkat pembangunan masyarakat, kerjasama antarabangsa

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Luar ASEAN akan bincang usaha pertingkat pembangunan masyarakat, kerjasama antarabangsa

Gambar: Dr Vivian Balakrishnan/Facebook

SINGAPURA: Para menteri luar ASEAN akan bertemu untuk membincangkan usaha-usaha pembangunan masyarakat pertubuhan serantau itu serta kerjasamanya dengan rakan kongsi luar.

Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan akan bertemu dengan rakan-rakan sejawatannya di Jakarta.

Mesyuarat Majlis Penyelaras ASEAN dan juga Retreat Menteri-Menteri Luar ini akan berlangsung selama dua hari mulai esok.

Ia merupakan siri mesyuarat peringkat tinggi yang pertama dihoskan Indonesia selaku Pengerusi ASEAN bagi tahun 2023.

Para menteri juga akan membincangkan keutamaan mereka bagi tahun ini serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa.
Sumber : CNA/IA/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan