Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Menteri Kewangan Lawrence Wong lakukan lawatan ke Indonesia 17-20 Mei

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Kewangan Lawrence Wong lakukan lawatan ke Indonesia 17-20 Mei

Menteri Kewangan Lawrence Wong. (Gambar: Mediacorp)

SINGAPURA: Menteri Kewangan Lawrence Wong akan melakukan lawatan empat hari ke Indonesia mulai esok (17 Mei).

Demikian menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan pada Isnin (16 Mei).

Semasa lawatannya itu, Encik Wong akan bertemu beberapa menteri serta pemimpin wilayah di Jakarta serta Jawa Tengah selain melawat Taman Perusahaan Kendal di Jawa Tengah.

Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan tokoh perniagaan dan syarikat-syarikat pemula Singapura di Indonesia.

Encik Wong akan diiringi pegawai dari Kementerian Kewangan.
 

Sumber : CNA/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan