Menteri Kesihatan Ong Ye Kung dijangkiti denggi; nasihat orang awam agar berjaga-jaga
SINGAPURA: Menteri Kesihatan Ong Ye Kung dijangkiti denggi.
Beliau berkongsi keadaannya itu menerusi catatan di Facebooknya hari ini (15 Apr).
Menurut Encik Ong, beliau mula mengalami sengal-sengal otot pada Sabtu (9 Apr) dan menyangka ia mungkin disebabkan senaman yang dilakukannya sebelum itu.
Beliau juga membuat ujian kendiri ART bagi COVID-19 namun keputusannya negatif.
"Semalam (14 Apr), ruam mula muncul di keseluruhan lengan dan badan saya. Saya memutuskan untuk mengambil ujian darah dan keputusannya mengesahkan apa yang saya syak - iaitu saya dijangkiti denggi, sejak beberapa hari lalu," kongsi Encik Ong.
Beliau menambah, bilangan plateletnya rendah sedikit berbanding paras normal namun ia "tidak terlalu teruk".
"Doktor berkata saya mungkin bertahan sepanjang dijangkiti dan mungkin sedang dalam proses untuk pulih. Saya hanya perlu memastikan saya minum air secukupnya," tambah beliau.
Awal hari ini, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyatakan jumlah nyamuk Aedes aegypti dalam kalangan masyarakat meningkat 48 peratus lebih tinggi pada Mac tahun ini berbanding tempoh yang sama pada 2021.
Sedang jumlah kes denggi terus naik di Singapura, kemungkinan berlaku penularan besar tahun ini semakin meningkat, menurut agensi itu lagi.
LAPORAN BERKAITAN:
Encik Ong juga menyeru anggota masyarakat supaya berjaga-jaga sepanjang musim denggi ini.
"Nyamuk Aedes membiak dalam air bersih, biasanya di rumah-rumah, di balkoni dan di koridor. Jadi buangkan air yang bertakung, pertimbangkan untuk menggunakan semburan pencegah serangga atau alat pemukul nyamuk," menurut Encik Ong, sambil berkata beliau akan berehat sepanjang hujung minggu yang panjang ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.