Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Menteri Kanan Tharman terima anugerah kepimpinan antarabangsa

Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam pada Khamis (17 Okt) menerima Anugerah Kepimpinan dan Perkhidmatan Ulung dari Institut Kewangan Antarabangsa (IIF) yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Oct 2019 12:07PM Dikemas Kini : 19 Oct 2019 12:21AM

SINGAPURA: Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam pada Khamis (17 Okt) menerima Anugerah Kepimpinan dan Perkhidmatan Ulung dari Institut Kewangan Antarabangsa (IIF) yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Encik Tharman, yang juga merupakan Menteri Penyeleras bagi Dasar-Dasar Sosial
diberikan anugerah itu "bagi menghargai sumbangannya dalam urus tadbir kewangan global dan perkhidmatan awam", menurut Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan media.

Menteri kanan itu berada di Washington DC bagi mesyuarat tahunan Kumpulan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

"Saya berasa bertuah menerima anguerah ini dari IIF," kata Encik Tharman.

"Ini satu pengiktirafan bagi rakan-rakan tugas saya di Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Pemerintah Singapura serta peringkat antarabangsa. Saya bekerjasama dengan mereka untuk membangunkan pasaran kewangan yang berdaya tahan dan tertumpu pada pertumbuhan.

"Masih terdapat banyak lagi yang perlu dilakukan untuk membangunkan rangkaian kerjasama antarabangsa dan pembaharuan kewangan antarabangsa yang diperlukan untuk pertumbuhan lebih inklusif dan mampan.

Selain berucap di mesyuarat tahunan IIF, Encik Tharman juga akan berucap di sidang Institut Peterson bagi Ekonomi Antarabangsa berkenaan topik mempertimbangkan semula dasar-dasar tidak sama rata. 

Sumber : CNA/NA/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa