Menteri Kanan Ehwal Luar Kemboja bertemu PM Lee; bincang usaha tingkatkan hubungan dua hala
Menteri Kanan Ehwal Luar Kemboja Prak Sokhonn bertemu dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Khamis (30 Ogos)
SINGAPURA: Menteri Kanan Ehwal Luar Kemboja Prak Sokhonn bertemu dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Khamis (30 Ogos)
Ini adalah sebahagian daripada lawatan rasmi tiga harinya ke negara ini atas undangan Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan.
Lawatan itu bertujuan untuk meningkatkan hubungan dua hala dan meneroka bidang-bidang baru bagi kerjasama yang membawa manfaat kepada kedua-dua negara.
Semasa lawatan beliau, menteri Kemboja itu mengadakan perbincangan dengan Dr Balakrishnan tentang pelbagai bidang kerjasama dua hala.
Mereka juga membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.