Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan dijadual lawat China
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan bakal mengadakan lawatan rasmi ke Beijing dari 19 hingga 21 Februari atas undangan rakan sejawatannya dari China, Qin Gang.
Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Sabtu (18 Feb).
Dalam rangka lawatan selama tiga hari itu, Dr Balakrishnan akan mengadakan pertemuan dengan Ahli Biro Politik Parti Komunis China (CPC) dan Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran CPC Beijing Yin Li, Menteri Luar Qin, dan Menteri Jabatan Antarabangsa CPC Liu Jianchao.
Dr Balakrishnan juga akan bertemu dengan para pelajar dan syarikat-syarikat perusahaan Singapura di Beijing.
Dr Balakrishnan akan diiringi oleh Menteri Negara Kanan MFA Sim Ann dan para pegawai dari kementerian tersebut.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.