Skip to main content

Singapura

Menteri, ahli politik titip ucapan Aidilfitri kepada umat Islam SG

Ramai menteri yang mengambil kesempatan pada Isnin (31 Mac) untuk menitipkan ucapan Selamat Hari Raya kepada rakyat Islam Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 31 Mar 2025 11:07PM Dikemas Kini : 31 Mar 2025 11:08PM
SINGAPURA: Ramai menteri yang mengambil kesempatan pada Isnin (31 Mac) untuk menitipkan ucapan Selamat Hari Raya kepada rakyat Islam Singapura.

Antara mereka termasuk Menteri di Pejabat Perdana Menteri Dr Maliki Osman.

Dalam satu video yang dimuat naik ke Facebook, Dr Maliki melahirkan harapan agar masyarakat Islam di negara ini dapat menyambut Hari Raya dengan kesihatan dan kebahagiaan di samping keluarga tersayang.

Pada masa yang sama, Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital Josephine Teo juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya menerusi video di media sosial, di mana beliau mengimbas kembali detik-detik berbuka puasa bersama penduduk Kreta Ayer-Kim Seng sepanjang Ramadan yang lalu.

Ketua Pembangkang Pritam Singh juga turut serta dalam menyambut ketibaan Aidilfitri.

Di laman Facebooknya, Encik Pritam berkongsi beberapa gambar di Masjid Alkaff Kampung Melayu, di mana beliau dan anggota Parlimen Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Aljunied Faisal Manap bergambar dengan kakitangan masjid selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Lain daripada yang lain, Encik Faisal memilih untuk berpantun dalam ucapan Lebarannya kali ini, bersama kucing di pangkuannya.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita