'Menjijikkan': Lelaki dipenjara 45 tahun atas kesalahan seks terhadap 8 kanak-kanak
Seorang lelaki pada Isnin (27 Jun) dijatuhi hukuman penjara 45 tahun kerana melakukan kesalahan seks terhadap lapan kanak-kanak, yang mana ada dalam kalangan mereka yang mempunyai kesukaran pembelajaran.
Mahkamah Tinggi di Singapura pada 9 Nov 2021. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)
Lelaki berusia 54 tahun itu tidak boleh didedahkan identitinya bagi melindungi identiti para mangsa.
Kesalahannya mula dikesan pada 2018 apabila seorang wanita, yang membeli komputer ribanya, menjumpai gambar-gambar dan video-video lelaki itu melakukan serangan seksual ke atas ramai kanak-kanak.
Lelaki itu mengaku bersalah atas enam tuduhan merogol dengan mencederakan atau mengancam untuk mencederakan tiga mangsa, yang ketika itu berusia lima hingga sembilan tahun. Mereka adalah antara lapan kanak-kanak yang menjadi mangsa lelaki itu antara 2002 dengan 2018.
Lapan puluh tuduhan lain melibatkan kesalahan seks terhadap kanak-kanak serta membuat dan memiliki filem lucah dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan.
Pesalah itu mempunyai sejarah menonton pornografi, termasuk bahan penderaan seksual kanak-kanak di Internet.
"(Dia) mengaku bahawa dia menjumpai bahan penderaan seksual kanak-kanak menarik dan bahawa dia mahu 'cuba' perbuatan serupa ke atas subjek sebenar," menurut Timbalan Pendakwa Raya Andre Ong.
Ini adalah salah satu kes penderaan seksual kanak-kanak paling dahyat yang pernah dibentangkan di mahkamah," kata Encik Ong, sambil menyifatkan jenayah lelaki itu sebagai "meluas dan menjijikkan".
BERI TUSIYEN KEPADA MANGSA KANAK-KANAK
Lelaki itu terlibat dalam kumpulan tarian. Di sinilah di mana beliau bertemu ibu-ibu kepada empat orang mangsanya.
Semasa dia ditangkap pada Jun 2018, dia sedang bekerja sebagai guru tuisyen sambilan bagi kanak-kanak, termasuk mereka yang berkeperluan khas.
Dia memberitahu ibu bapa sebilangan mangsanya bahawa dia seorang ahli terapi pendidikan yang bertauliah, dengan diploma dalam pengurusan gangguan pembelajaran dan psikologi kanak-kanak.
"Dia juga memberi tuisyen untuk "mendapat akses kepada kanak-kanak yang sedia ada, termasuk kanak-kanak yang mengalami kesukaran untuk belajar atau kurang upaya," kata Encik Ong.
Siasatan mendedahkan lelaki itu tidak pernah menjadi ahli terapi pendidikan bertauliah dan tidak pernah diambil bekerja dalam sektor-sektor pendidikan atau jagaan kanak-kanak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.