Menjelang 2019: Kesan apabila pelajar sekolah rendah dan menengah kurang ambil peperiksaan
Mulai tahun depan, para pelajar sekolah rendah dan menengah akan mengambil kurang peperiksaan dan ujian penilaian.
SINGAPURA: Mulai tahun depan, para pelajar sekolah rendah dan menengah akan mengambil kurang peperiksaan dan ujian penilaian.
Tujuannya, untuk memberi lebih banyak masa kepada para pelajar memupuk kemahiran dalam pembelajaran sepanjang hayat.
Bagaimanapun sekolah-sekolah dan pakar-pakar yang ditemui berkata sistem demikian mesti seiring dengan perubahan minda.
Ada yang memujinya sebagai langkah berani. Tetapi ramai masih ragu-ragu bahawa ketiadaan peperiksaan pertengahan tahun dan mengurangkan penilaian yang dikira dalam keseluruhan keputusan, akan dapat mengurangkan tekanan untuk memperoleh gred yang baik.
ANTARA KEPRIHATINAN YANG DIUTARAKAN
Ibu bapa terutamanya bimbang anak-anak mereka akan ketinggalan dalam peperiksaan nasional jika peperiksaan pertengahan tahun ditiadakan.
Di Sekolah St Patrick's misalnya, terdapat keraguan untuk menggantikan peperiksaan dengan projek-projek kelas dan kuiz.
"Salah satu keprihatinan utama di kalangan guru dan ibu bapa adalah jika ujian tidak dikira dalam pemarkahan, adakah pelajar masih mengambilnya dengan serius?" kata Pengetua Sekolah St Patrick's, Eric Lee.
Pakar-pakar mengatakan usaha untuk menukar minda mesti lebih disasarkan dan dijadikan sebahagian pelan induk pendidikan.
Pengerusi GPC bagi Pendidikan Cik Denise Phua berkata kakitangan pengajar di kelas-kelas tuisyen perlu juga terlibat dalam usaha itu, agar mereka juga mengongsi visi yang sama.
Industri teknologi pendidikan sedang berusaha ke arah tersebut.
Aplikasi itu misalnya yang menarik lebih 30,000 pengikut bertujuan menggalak pengguna supaya menjadi pelajar yang boleh berfikir dengan bebas.
Pakar-pakar juga mengatakan peperiksaan penting seperti PSLE masih lagi menjadi halangan ke arah peralihan minda ini.
Namun usaha sedang dijalankan bagi menanganinya termasuk menggugurkan keputusan peringkat O dalam skor kemasukan universiti dan mengubah sistem pemarkahan PSLE mulai 2021.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.