Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Menjadi peran contoh kepada anak dan golongan muda dorong Suhaimi Yusof raih ijazah

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Ibu bapa sering menjadi peran contoh utama kepada anak-anak.

Namun kadangkala anak-anak juga boleh menjadi sumber inspirasi bagi ibu bapa mereka.

Begitulah yang dirasakan pelakon dan pelawak Suhaimi Yusof yang mendapat ilham daripada anak perempuannya dan rasa terpanggil untuk kembali ke bangku sekolah.

Dalam wawancara bersama BERITAmediacorp, Encik Suhaimi, 52 tahun berkata: "Apabila saya melihat anak perempuan saya belajar pada waktu malam, pada saya, selain daripada memberikan galakan, teringat pula impian saya sendiri. Pada waktu itu, saya berbincang dengan keluarga, antara nasihat terbaik adalah untuk menjadi nasihat itu sendiri."

Impian yang dimaksudkan Encik Suhaimi adalah untuk meraih segulung ijazah.

"Kalau kita lihat apa yang saya lalui dalam kehidupan saya ini, sebenarnya ini adalah satu impian yang saya ada tetapi sudah lama terkubur," kata Encik Suhaimi.

Encik Suhaimi pernah menuntut di tiga universiti sekitar 30 tahun lalu tetapi tidak menamatkan pengajiannya.

Namun, dengan tekad yang kuat dan iltizam yang tinggi, beliau kini berjaya menggenggam segulung ijazah dengan Kepujian Kelas Pertama dalam jurusan penerbitan media penyiaran, dari Universiti Teesside.

ANAK

 

Meraih ijazah pada usia 52 tahun ini diharapkan Encik Suhaimi dapat memberi inspirasi kepada golongan lebih muda.

Ini lebih-lebih lagi mereka yang menceburi jurusan penerbitan media - sesuatu yang sudah menjadi darah daging dalam kehidupan Encik Suhaimi.

Encik Suhaimi berkata: "Ini merupakan satu gerakan untuk menjadi pintar ilmu dan kaya pengalaman tetapi kalau kita ada kedua-duanya, alangkah hebat. Saya ingin memberikan sumbangan di mana saya melihat ramai pelajar, antaranya rakan anak saya sendiri di mana mereka minat dalam bidang penyiaran tetapi hilang minat dan menceburi bidang-bidang lain."

ANAK

"Saya sudah faham dari segi akademik dan praktikal, saya ingin berkongsi pengalaman kepada mereka," tambah Encik Suhaimi yang kini menyandang jawatan sebagai Pengarah Perhubungan Strategik di Jamiyah.

Menurut Encik Suhaimi, antara cara beliau berkongsi pengetahuan dan pengalaman adalah menerusi beberapa sesi perkongsian di institusi pengajian tinggi seperti MDIS.

Sumber : BERITA Mediacorp/HK/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan