Meniti perjalanan Lee Hsien Loong: Dari ikut bapa berkempen, ketuai operasi kereta kabel Sentosa sehingga jadi PM

Perdana Menteri Ketiga Singapura, Lee Hsien Loong.
Ia menandakan satu lagi lembaran baharu buatnya selepas lebih tahun memikul tanggungjawab sebagai pemimpin Singapura.

Encik Lee dahulu sering ikut berkempen bersama bapanya dan bahkan menyertai mendiang melakukan lawatan ke rumah.
Dari usia muda lagi, Encik Lee Hsien Loong sering dilihat di pelbagai acara awam.
Beliau begitu terdedah kepada politik Singapura sejak usia muda lagi.

Encik Lee Hsien Loong mengimbas kembali bagaimana, pada hari itu, bapanya memberitahu ibunya beliau "akan mewakili kesatuan posmen dalam perbalahan mereka dengan pemerintah".
Pada 1959 pula, apabila Encik Lee Hsien Loong berumur tujuh tahun, Encik Lee Kuan Yew mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pertama Singapura.
Mendiang Lee Kuan Yew pernah berkongsi bagaimana pelbagai peristiwa dalam kehidupan Encik Lee Hsien Loong - seperti rusuhan 1964, perjuangan mencapai kemerdekaan, atau sekadar mengikutinya melakukan lawatan - memberinya pendedahan bagi kehidupan dalam politik.

"Anak lelaki sulung saya sibuk melakukan itu. Beliau cukup matang untuk menyertai saya mendekati masyarakat, melakukan lawatan ke kawasan undi mahupun berkempen buat pilihan raya. Beliau tahu apa yang saya perjuangkan. Beliau sudah memutuskan, 'Saya akan masuk (politik).'"
- Encik Lee Kuan Yew dari buku Hard Truths to Keep Singapore Going

Dalam gambar yang dilampirkan di bawah, beliau sebenarnya sedang menerima anugerah di Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang kerana muncul sebagai pelajar lelaki terbaik dan pelajar contoh.
Encik Lee Kuan Yew tekun membimbing anaknya.

"Beliau menghantar kami ke sekolah Cina; beliau mendaftarkan kami bagi kelas Melayu bersama Cikgu Amin, isterinya ialah Cikgu Jamilah; beliau menggalak Yang dan saya untuk mendapatkan biasiswa SAF, untuk berkhidmat kepada negara; beliau memujuk Ling agar menjadi doktor, dan bukan doktor haiwan. Beliau melakar laluan kami agar meninggalkan kesan bermakna di dunia, dan kami sangat bersyukur."
- Encik Lee Hsien Loong dalam eulogi buat Encik Lee Kuan Yew




Pada 1971, SAF melancarkan Skim Biasiswa SAF (dan kemudian, Skim Biasiswa Luar Negara SAF), yang bertujuan memikat "bakat terbaik" ke dalam angkatan bersenjata.
Dalam kalangan lima penerima pertama biasiswa itu ialah Encik Lee Hsien Loong, setahun selepas menerima Biasiswa Presiden.
Pada akhirnya, beliau memilih biasiswa SAF - atas dorongan bapanya yang berkata bahawa ia akan "bermanfaat buatnya dan negara".
"Saya membuat kesimpulan bahawa antara lapan tahun berkhidmat kepada jabatan pemerintah di bawah Biasiswa Presiden, dengan lapan tahun dalam tentera di bawah Biasiswa SAF, adalah lebih baik buat saya jika saya (memilih) biasiswa SAF."
- Encik Lee Hsien Loong
Encik Lee Hsien Loong menyertai jurusan matematik di Universiti Cambridge di Britain. Semasa tamat pengajian pada 1974, beliau dinamakan sebagai 'Senior Wrangler' kerana mencapai markah keseluruhan tertinggi dalam kalangan semua penuntut kohort sama yang menerima sarjana muda kelas pertama dalam matematik.
Encik Lee Hsien Loong selanjutnya kembali ke SAF di mana beliau berkhidmat sehingga 1984.
"Saya memutuskan saya mempunyai tanggungjawab untuk kembali ke Singapura, menjadi sebahagian daripada Singapura, dan melakukan apa yang saya mampu untuk membantu negara mencapai kejayaan. Ia satu negara kecil, pada ketika itum satu negara sangat baharu - pada tahun-tahun pertama selepas mencapai kemderdekaan, setiap individu boleh membawa perubahan dan seharusnya melakukan itu. Saya fikir saya mahu berbuat demikian dan melakukan yang terbaik, dan saya rasa ia perkara tepat yang perlu dilakukan."
- Encik Lee Hsien Loong dalam satu wawancara bersama CCTV pada 2023

Pada 29 Jan 1983, Encik Lee Hsien Loong berdepan ujian terbesarnya sepanjang berkhidmat. Beliau, yang ketika itu berpangkat 'Kolonel' memimpin operasi menyelamat dalam insiden kereta kabel Sentosa.
Menara telaga minyak Eniwetok melanggar tali kabel Sentosa lalu menyebabkan dua kereta kabel terhempas ke dalam laut. Seramai tujuh orang maut.
Lagi 13 penumpang terperangkap dalam empat lagi kereta kabel lain. Mereka akhirnya diselamatkan oleh dua helikopter tentera.
Namun beliau meninggalkan SAF tidak lama selepas itu.

Penyandang jawatan yang terdahulu daripadanya, Encik Goh Chok Tong, masih ingat lagi bagaimana beliau "mengenal pasti" Encik Lee Hsien Loong.

Beliau terus mencatat prestasi sehingga menjadi Menteri Perdagangan dan Perusahaan pada 1987.



Sebagai permulaan, beliau sempat ragu-ragu memasuki politik selepas isteri pertamanya meninggal dunia. Encik Lee bimbang beliau tidak akan mempunyai masa sebagai bapa tunggal ketika itu. Encik Lee Kuan Yew bagaimanapun meyakinkan beliau untuk terus menceburi bidang politik.
Pada 1992 pula, beliau disahkan menghidapi limfoma. Encik Lee Hsien Loong melepaskan jawatannya sebagai Menteri Perdagangan dan Perusahaan, tetapi kekal sebagai DPM. "Saya akan bekerja selagi saya boleh," katanya waktu itu.
Selepas keadaannya menjadi lebih baik selepas menjalani kemoterapi, Encik Lee Hsien Loong kembali dilihat di pelbagai acara awam.
Encik Lee Hsien Loong sudah lama disebut-sebut akan menggantikan Encik Goh, dan di Rapat Hari Kebangsaan 2003, perkara ini pun rasmi diumumkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.