Skip to main content

Singapura

'Meninggalkan kesan mendalam pada ramai orang': Allahyarhamha Afifah Munirah kuat tekad bawa perubahan kepada masyarakat

Anggaran Waktu Membaca:
'Meninggalkan kesan mendalam pada ramai orang': Allahyarhamha Afifah Munirah kuat tekad bawa perubahan kepada masyarakat

Gambar: https.afifahaha/Instagram

Diterbitkan : 23 Apr 2024 08:45PM Dikemas Kini : 23 Apr 2024 09:11PM
SINGAPURA: Pelajar Maktab Rendah Temasek (TJC) berusia 17 tahun yang meninggal dunia menyusuli satu kemalangan di persimpangan Tampines pada Isnin (22 Apr) dikenang sebagai seseorang yang riang, baik hati dan berdedikasi untuk membuat perubahan, menurut rakan-rakan dan ahli keluarganya.

Afifah Munirah Muhammad Azril, pelajar tahun pertama TJC, meninggal dunia akibat kemalangan yang melibatkan beberapa kenderaan di persimpangan antara Tampines Avenue 1 dan Avenue 4 pada pagi Isnin.
Ramai yang mengenali Allahyarhamha menziarahi keluarganya pada Selasa untuk memberikan sokongan.
Related article image
Gambar: Marcus Mark Ramos/CNA
Related article image
Gambar: Marcus Mark Ramos/CNA
Related article image
Gambar: Marcus Mark Ramos/CNA
Salah seorang daripada mereka ialah pelajar maktab rendah berusia 18 tahun, Claire Wong, yang sudah mengenali Allahyarhamha sejak mereka menuntut di Sekolah Menengah Perempuan Cedar.

Beliau memberitahu Mediacorp: "Afifah seorang rakan yang hebat. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkannya.

"Sejujurnya, apa yang paling menyayat hati adalah apabila melihat bagaimana orang lain menggambarkannya setakat berdasarkan namanya sahaja, tetapi lebih penting lagi, ia menunjukkan sejauh mana dia memberi kesan yang mendalam kepada ramai orang dalam hidupnya."

Nahas pada Isnin lalu turut meragut nyawa seorang wanita berusia 57 tahun. Enam yang lain dikejarkan ke hospital, termasuk seorang pemandu kereta berusia 42 tahun yang sedang membantu siasatan polis.

Bapa Allahyarhamha Afifah, Muhammad Azril Mahmood juga adalah antara mereka yang dikejarkan ke hospital. Beliau telahpun menjalani pembedahan dan masih dirawat dalam wad, jelas bapa saudara Allahyarhamha, Encik Firdaus Kassim dalam satu catatan media sosial pada Isnin.
Related article image
Gambar: Instagram/https.afifahaha
Bapa saudara Allahyarhamha, yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Azali, menitiskan air mata semasa diwawancara oleh Mediacorp mengenai detik beliau mendapat tahu tentang nahas tersebut.

Encik Azali, yang rapat dengan bapa Allahyarhamha, yang merupakan sepupunya, berkata Allahyarhamha memiliki ciri-ciri yang serupa dengan bapanya. "Mereka sangat rapat. Dia mendedikasikan pelajarannya kepada (bapanya)," tambah Encik Azali, yang berusia 51 tahun.
Related article image
Gambar: Marcus Mark Ramos/CNA
Related article image
Gambar: Marcus Mark Ramos/CNA
Bapa tiga orang anak itu bahkan, menambah bahawa pemergian Allahyarhamha meninggalkan kesan yang mendalam pada dirinya, memandangkan anak sulungnya hanya dua tahun lebih tua daripada Allahyarhamha. Beliau turut menarik perhatian bahawa insiden tersebut sekali gus meningkatkan kebimbangannya mengenai keselamatan anak-anaknya dalam perjalanan ke sekolah masing-masing.
Related article image
Gambar: Jeremy Long/CNA
Related article image
Gambar: Jeremy Long/CNA

Sementara itu, Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol Desmond Tan juga dilihat menziarahi keluarga Allahyarhamha pada pagi Selasa dan meninggalkan rumah Allahyarhamha pada kira-kira 10.40 pagi.

"Ini satu kemalangan yang sangat tragis, dan kami benar-benar merasakan pemergiannya dan kami datang ke sini untuk menyokong keluarganya. Saya rasa keutamaan sekarang ialah memastikan keluarganya terpelihara," ujarnya kepada Mediacorp, sambil menarik perhatian bahawa bapa Allahyarhamha masih berada di hospital.

Nahas tersebut menjadi satu peringatan supaya jangan memandang ringan terhadap keselamatan di jalan raya, dan setiap pemandu dan penumpang mempunyai peranan untuk memastikan jalan raya selamat, kata Encik Tan.


"Insiden seperti ini sebenarnya boleh memusnahkan kehidupan dan keluarga, semata-mata dengan tindakan melulu di jalan raya."

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita