Menggandakan tenaga kerja AI SG kepada 15,000 bukan setakat tambah pekerja tetapi pikat bakat dan idea
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan: iStock
SINGAPURA: Dalam usaha untuk memanfaatkan Kecerdasan Buatan (AI), Singapura menyasarkan untuk mendahului pesaing-pesaingnya dengan meningkatkan lebih tiga kali ganda tenaga kerja AInya kepada 15,000 dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
Matlamat ini boleh dicapai, menurut para pemerhati industri, yang melihat perangkaan itu sebagai titik permulaan dan sebagai jisim kritikal yang diperlukan untuk inovasi.
Tetapi mereka juga menekankan keperluan untuk melihat melangkaui perangkaan untuk memastikan para pekerja mempunyai kemahiran yang diperlukan, di samping keupayaan untuk menghubungkan kepakaran silang disiplin.
"Sudah tentu ia bukan hanya tentang angka sahaja, tetapi juga lebih kepada bakat dan idea tertentu," kata Profesor Madya Kan Min Yen dari sekolah pengkomputeran Universiti Nasional Singapura (NUS).
"Seperti bidang-bidang lain (teknologi infokom), individu tunggal yang integratif secara unik boleh memangkinkan pembangunan keseluruhan sektor teknologi yang tidak kita miliki hari ini."
Menggandakan bilangan karyawan AI akan membantu menyumbang kepada keluasan bidang itu, tetapi bidang tersebut juga memerlukan kepakaran yang mendalam dan hubungan silang industri, akademik dan syarikat baharu, tambahnya.
Pemerintah Singapura mengumumkan sasaran tenaga kerja seramai 15,000 pada Isnin (4 Dis), sebagai sebahagian daripada semakan strategi nasional AI (NAIS) yang didorong oleh penemuan baru-baru ini - terutamanya dalam AI generatif.
Strategi yang meluas ini juga merangkumi usaha untuk memacu penciptaan dan penggunaan AI oleh syarikat-syarikat, menyokong syarikat-syarikat pemula AI, mengemas kini keutamaan penyelidikan nasional dan mengukuhkan perkongsian data dan kuasa pengkomputeran.
Singapura juga berhasrat untuk mempercepatkan pertukaran idea, dengan rancangan untuk mewujudkan "tapak AI ikonik" bagi memupuk masyarakat pengetahuan yang bersatu padu.
Saluran bakat teknologi Singapura terkesan apabila negara ini menyumber luar pekerjaan ICT pada 1990-an dan 2000-an, menurut Profesor Madya Damien Joseph dari sekolah perniagaan Universiti Teknologi Nanyang (NTU).
Ini menyaksikan pekerjaan pembangunan sistem diberikan kepada India, atau jawatan dalam pusat panggilan ICT diberikan kepada Filipina dan Ireland, sebagai contoh.
Para pakar bagaimanapun menegaskan bahawa Singapura bukanlah satu-satunya negara yang sedang menghadapi masalah kekurangan kepakaran AI.
Sekitar 35 peratus syarikat di Asia Pasifik melihat kekurangan kemahiran AI sebagai faktor utama yang menghadkan penilaian mereka terhadap keupayaan AI generatif dengan ketara, menurut tinjauan oleh firma risikan pasaran International Data Corporation (IDC) pada Ogos lalu.
Perangkaan ini sebenarnya lebih rendah dalam kalangan syarikat di Singapura, iaitu 22 peratus.
Malah, Prof Madya Kan berkata bahawa di peringkat global, Singapura menyumbang secara tidak seimbang berbanding negara-negara lain kepada bakat AI, seperti yang dilakukannya dalam banyak bidang teknologi pengkomputeran maju.
Sebahagian daripada peningkatan pekerja AI yang dicari Singapura akan diperolehi dari universiti-universiti tempatan. Pada 2020, pengambilan mahasiswa bagi kursus ijazah teknologi maklumat dan digital adalah 3,100 bagi seluruh enam universiti berautonomi negara ini, menurut Kementerian Pendidikan (MOE).
Tetapi tidak semua graduan akan menjadi pakar dalam bidang AI, mewujudkan jurang yang mungkin diisi oleh sumber-sumber lain, termasuk pendidikan berterusan dan pekerja dari luar negara.
Skim perantisan oleh AI Singapore – program nasional untuk membangunkan keupayaan AI – akan direka semula sebagai sebahagian daripada NAIS 2.0.
Hampir 300 orang sudah menamatkan program perantisan sejak ia dimulakan pada 2018. Kira-kira 90 peratus telah menjadi saintis data, jurutera operasi pembelajaran mesin, jurutera AI, jurutera perisian dan peranan lain.
Menurut AI Singapore, para graduannya mempunyai pengalaman antara lima hingga 15 tahun, dengan latar belakang yang pelbagai dalam bidang kejuruteraan, perbankan dan kewangan, perguruan, undang-undang dan sumber manusia.

Sumber : CNA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.