Skip to main content

Singapura

Mengesan kes lemas di kolam renang, butang kecemasan peribadi antara projek baru Negara Bijak

Menggunakan teknologi untuk mencegah kes lemas di kolam renang atau mengerah bantuan kepada warga emas sewaktu kecemasan, adalah antara projek terbaru yang diuji sebagai sebahagian daripada usaha Singapura ke arah menjadi sebuah Negara Bijak.

Anggaran Waktu Membaca:
Mengesan kes lemas di kolam renang, butang kecemasan peribadi antara projek baru Negara Bijak

(Gambar fail: Stefan Wermuth/Reuters)

Diterbitkan : 09 Oct 2018 08:44PM Dikemas Kini : 09 Oct 2018 08:48PM

SINGAPURA: Menggunakan teknologi untuk mencegah kes lemas di kolam renang atau mengerah bantuan kepada warga emas sewaktu kecemasan, adalah antara projek terbaru yang diuji sebagai sebahagian daripada usaha Singapura ke arah menjadi sebuah Negara Bijak. Demikian diumumkan Menteri Bertanggungjawab bagi Inisiatif Negara Bijak Vivian Balakrishnan pada Selasa (9 OKt).

Memberikan perkembangan terkini mengenai lima projek strategik negara ke arah inisiatif Negara Bijak, Dr Balakrishnan berkata bahawa di bawah Platform Deria Negara Bijak, ujian-ujian sudah dijalankan oleh Sport Singapore untuk menggunakan penglihatan komputer atau 'computer vision' bagi membantu mengesan kes lemas di kolam renang.

Teknologi tersebut turut boleh digunakan untuk pemantauan berterusan dan membantu pegawai penyelamat sekiranya, berlakunya kecemasan, beliau menambah.

Satu lagi projek rintis yang sedang diuji adalah butang kecemasan peribadi yang disasarkan terhadap warga senja. Menurut Dr Balakrishnan, yang juga Menteri Ehwal Luar, butang kecemasan itu bertujuan membekalkan mereka dengan alat yang ringan, murah dan mudah digunakan bagi mendapat bantuan sewaktu kecemasan, misalnya apabila mereka terjatuh.

DAPATKAN SEKTOR SWASTA GUNA MYINFO

Dr Dr Balakrishnan juga menjelaskan tentang sistem Identiti Digital Negara (NDI), termasuk pelancaran SingPass Mobile lewat bulan ini.

Menurutnya, SingPass Mobile, akan memberi ciri keselamatan tambahan kerana pengguna boleh menggunakan ciri pengenalan biometrik seperti cap jari atau pengecaman wajah pada telefon bimbit mereka untuk masuk ke khidmat-khidmat Pemerintah menerusi SingPass.

Dr Balakrishnan berkata bahawa setakat ini, terdapat 110 khidmat Pemerintah dan 90 khidmat sektor swasta yang menggunakan alat digital, dengan syarikat-syarikat seperti UOB, DBS Bank, OCBC, M1 and StreetSine, turut terlibat.

Mulai November tahun ini, Pemerintah akan membuka MyInfo kepada perniagaan-perniagaan kecil dan sederhana supaya, mereka dapat, sebagai contoh, memulakan perniagaan online. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita