Mengapa tiada lagi robot pulangkan dulang di pusat makanan
Gambar: Nuria Ling/Today, Koh Wan Ting/CNA
Kebanyakan robot itu tidak lagi kelihatan. Sebahagian daripadanya telah digantikan dengan stesen pengumpulan dulang, dengan hanya label "pengambilan dulang bijak' diletakkan di sisi, menunjukkan bahawa sejarah penggunaannya sebelum ini.
Robot pemulangan dulang mula kelihatan di pusat makanan, pusat penjaja dan kedai kopi seawal 2016. Ia adalah antara teknologi baharu yang diperkenalkan di tempat makan sedemikian dalam usaha menggalakkan model perniagaan yang lebih produktif atau kurang menggunakan tenaga kerja.
Robot-robot yang berlegar-legar itu bermatlamat untuk memudahkan para pelanggan memulangkan pinggan mangkuk mereka selepas makan pada ketika ia tidak diwajibkan untuk berbuat demikian.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tempat pemulangan dulang sudah bertukar wajah.
Enam tempat tersebut - Happy Hawkers di Tampines dan pusat makanan di Punggol Plaza, Toa Payoh HDB Hub dan Fusionopolis di bawah Koufu; Pusat Penjaja Jurong West dan Kedai Kopi Chang Cheng Mee Wah di Choa Chu Kang di bawah Kumpulan Chang Cheng. Kedua-dua syarikat tersebut mendapat perhatian sejak beberapa tahun lalu kerana menggunakan teknologi baharu seperti robot pemulangan dulang untuk mempertingkatkan tahap produktiviti di tempat makan masing-masing.
Koufu, yang mengendalikan rangkaian kedai kopi dan pusat makanan di seluruh Singapura, memberitahu Mediacorp bahawa robot pemulangan dulang dibekalkan oleh salah satu syarikat pembersihannya. Setakat ini, tiada robot yang digunakan di mana-mana cawangan Koufu.
Seorang jurucakap enggan mengulas mengapa ia berhenti menggunakan robot tersebut, tetapi mengatakan syarikat itu "kerap meneroka automasi untuk meningkatkan tahap produktiviti".
Chang Cheng Group pula tidak menjawab pertanyaan Mediacorp berhubung isu tersebut.
Empat pengendali pusat makanan utama lain – NTUC Foodfare, Kopitiam, Food Junction and Food Republic – menyatakan ia tidak menggunakan robot pemulangan dulang.
TIDAK PENUHI JANGKAAN
Para pekerja pembersihan memberitahu Mediacorp bahawa sekalipun robot pemulangan dulang sedemikian membantu tugas bagi sesetengah keadaan, ia tetap merupakan satu hambatan semasa waktu sibuk.
Saiznya yang besar menimbulkan cabaran dan jika robot itu menghadapi hadangan, ia akan berhenti bergerak sehingga seseorang memberi laluan kepada pergerakannya.
Robot tersebut juga perlu dibersihkan apabila pelanggan tertumpah makanan ketika memulangkan dulang masing-masing. Pekerja yang lain pula menarik perhatian bahawa kos menyenggara robot tersebut menjangkaui manfaatnya.
TIDAK BOLEH GANTIKAN PEKERJA, TETAPI RINGANKAN BEBAN
Tidak semua kedai F&B sudah berhenti menggunakan robot pembersihan itu. Cik Lee New Mang, yang mengendalikan Daily Coffee di Chai Chee, berkata robot tersebut membantu meringankan beban pekerja daripada tugas membersihkan meja.
Kedai makan itu telah menggunakan robot sedemikian selama lebih setahun untuk memudahkan pelanggan memulangkan pinggan mangkuk selepas makan. Robot yang digunakannya jauh lebih kecil daripada yang digunakan di pusat makanan dan kedai kopi lain dan hanya mempunyai dua tingkat untuk meletakkan pinggan mangkuk.
PastaMania di Pusat Sukan Sengkang turut menggunakan robot sedemikian, tetapi untuk menghantar makanan ke meja dan bukannya mengumpul pinggan mangkuk selepas makan.
Ia mempunyai robot lebih kecil yang serupa dengan versi Daily Coffee, tetapi robot itu cukup membantu sehingga restoran tersebut menaik tarafnya kepada model yang lebih besar yang boleh membawa lebih banyak hidangan awal tahun ini, kata pelatih pengurusan Firdaus Jaafar.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.