Mengapa Britain hentikan peperiksaan peringkat A? Apakah kesannya ke atas SG?
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: MOE)
SINGAPURA: Perdana Menteri Britain Rishi Sunak mengumumkan Rabu (4 Okt) rancangan untuk menggabungkan peperiksaan peringkat A dan T di negara itu untuk menjadikannya satu kelayakan baharu yang dinamakan Standard British Lanjutan.
Peperiksaan peringkat A dan T merupakan dua pilihan pasamenengah yang ditawarkan kepada para pelajar di United Kingdom (UK) buat masa ini, setelah mereka selesai menduduki Sijil Am Pendidikan Menengah, iaitu sama dengan peperiksaan peringkat O di Singapura.
Menurut kerajaan Britain, ujian peringkat T - yang diperkenalkan pada September 2020 oleh pentadbiran Boris Johnson - adalah kursus dua tahun yang direka menerusi kerjasama dengan majikan dan penyedia pendidikan untuk mempersiap pelajar bagi pekerjaan berkemahiran, perantisan atau pengajian teknikal.
Ia diikuti dengan pekerjaan dalam industri selama 315 jam - iaitu sekitar 45 hari.
Jika diterima, Standard British Lanjutan akan menggantikan peperiksaan peringkat A dan T, dengan menggabungkan kedua-dua kelayakan itu menjadi satu.
Mediacorp meninjau mengapa Standard British Lanjutan ini diperkenalkan, apa yang akan menyusul, serta sama ada ia membawa sebarang kesan ke atas sistem pendidikan Singapura.
MENGAPA IA DIPERKENALKAN?
Berucap di sidang tahunan Parti Konservatif Rabu lalu, Encik Sunak berkata bahawa kelayakan baharu ini akan "menunaikan janji untuk membawa kesamaan antara pendidikan akademik dan teknikal”, kerana semua pelajar akan menduduki ujian Standard British Lanjutan.
Beliau menambah bahawa ia juga akan "mempertingkatkan prestasi dengan memastikan bahawa anak-anak kita meninggalkan bangku sekolah tahu membaca, menulis dan mengira, kerana dengan Standard British Lanjutan, kesemua pelajar akan mempelajari mata pelajaran Matematik dan Inggeris, dengan bantuan tambahan diberikan kepada mereka yang memerlukan. Di negara kita, tiada kanak-kanak akan ketinggalan."
Buat masa ini, para pelajar di peringkat peperiksaan A di UK seringkali mengambil tiga subjek "berbanding tujuh yang dipelajari oleh pesaing ekonomi kami", kata Encik Sunak.
"Standard British Lanjutan juga akan mengubah perkara itu, di mana para pelajar akan mempelajari lima subjek. Dan dengan adanya pengenalan masa tambahan untuk mengajar, ia tidak akan menjejas pemahaman mendalam (terhadap satu-satu mata pelajaran), yang merupakan kekuatan sistem kita."
Beliau juga mengumumkan pelaburan awal bernilai £600 juta (S$1 bilion) sepanjang dua tahun untuk meletakkan asas bagi melaksanakan Standard British Lanjutan.
APA YANG AKAN MENYUSUL?
Dalam kata pengantar kertas dasar yang menggariskan pembaharuan ini — yang diterbitkan pada 4 Oktober oleh Jabatan Pendidikan (DFE) UK bertajuk “Sistem pendidikan bertaraf dunia: Standard British Lanjutan” — Setiausaha Negara UK bagi Pendidikan Gillian Keegan, berkata bahawa kelayakan baharu itu akan meletakkan "nilai yang sama pada pengetahuan dan kemahiran teknikal dan akademik dengan memanfaatkan kebaikan kedua-dua peperiksaan peringkat A dan T".
Pelajar akan dapat mengambil gabungan mata pelajaran teknikal dan akademik, yang akan memberikan mereka "tahap fleksibiliti yang lebih besar terhadap pilihan kerjaya masa depan mereka", tulis Cik Keegan.
Seperti yang disenaraikan dalam kertas dasar, kelayakan baharu akan:
APAKAH GARIS MASA PEMBAHARUAN ITU?
Menerusi catatan yang dimuat naik ke The Education Hub - sebuah laman online yang dimiliki DFE - jabatan itu menyatakan bahawa ia akan mengambil masa "sekitar satu dekad untuk melancarkan sepenuhnya” Standard British Lanjtan itu.
"Para pelajar yang memulakan sekolah rendah penggal ini dijangka menjadi kohort pertama menduduki peperiksaan kelayakan baharu," tambahnya.
Jabatan itu juga akan mengadakan "rundingan" lewat tahun ini sebelum ia dilaksanakan, "sambil bertanya kepada penyedia pendidikan dan pihak berkepentingan lain cara terbaik untuk mereka membentuk dan melaksanakan Standard British Lanjutan itu".
Namun, kesatuan pendidikan Britain menyatakan bahawa rancangan itu sesuatu yang "mudah dipertimbangkan tetapi sukar dilaksanakan" disebabkan masalah kekurangan tenaga pengajar.
APAKAH KESANNYA KE ATAS SINGAPURA?
Pakar memberitahu Mediacorp bahawa mereka tidak menjangka pembaharuan itu akan memberi kesan yang ketara ke atas Singapura.
Peperiksaan peringkat A — yang diperkenalkan pada 1975 — dipisahkan daripada peperiksaan GCE A-Level UK pada 2002, kata Dr Wong Hwei Ming, penolong pengarah pusat pendidikan di Pusat Penyelidikan dalam Pedagogi dan Amalan Institut Pendidikan di Universiti Teknologi Nanyang.
Langkah itu sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan (MOE) untuk mempunyai "pengurusan pentadbiran peperiksaan yang lebih baik", tambahnya.
Memandangkan peperiksaan GCE A Singapura pada masa ini disesuaikan dengan kurikulum yang ditetapkan oleh MOE, pengumuman baru-baru ini dari UK tidak mungkin memberi kesan ketara ke atas Singapura, kata Dr Wong.
Ditanya sama ada kelayakan seperti Standard British Lanjutan baharu itu boleh disesuakan di Singapura, Profesor Madya Jason Tan dari Institut Pendidikan Nasional, yang subjek kajiannya termasuk pendidikan perbandingan dan pembaharuan pendidikan, berkata: “Saya fikir apa yang penting adalah mereka membentuk dasar yang paling sesuai dengan konteks tempatan.
“Oleh kerana, sudah tentu, setiap negara mempunyai konteks sosiopolitik yang tersendiri yang perlu ditangani — jadi saya tidak fikir ia langkah yang bijak untuk menggunakan pembaharuan pendidikan negara lain secara keseluruhannya tanpa sebarang (penyesuaian mengikut konteks).
"Bagi saya ia sangat adil untuk mengatakan bahawa peperiksaan peringkat A tertumpu kepada kemasukan ke universiti. Ia tidak bertujuan untuk menjadi kelayakan vokasional seperti yang kelayakan politeknik atau Institut Pendidikan Teknikal.
“Dan pada masa ini keutamaan Kementerian Pendidikan nampaknya adalah untuk mengekalkan tiga jenis laluan berasingan ini dan bukannya mencuba apa-apa jenis penggabungan merentasi tiga laluan. (Tetapi) saya rasa, mari kita tunggu dan lihat."
Sekalipun demikian, pakar mengakui bahawa Singapura berdepan isu yang sama dalam memastikan "kesamaan antara pendidikan akademik dan teknikal" yang dibicarakan oleh Encik Sunak.
Pada awal April tahun ini, semasa pembukaan sesi kedua Parlimen ke-14, mantan Presiden Halimah Yacob bercakap tentang perlunya untuk memastikan "meritokrasi yang lebih luas dan terbuka" yang sesuai dengan rakyat Singapura.
Semasa perbahasan seterusnya mengenai ucapannya di Parlimen, Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong bercakap tentang "perubahan minda" yang diperlukan dan cara untuk "mencondongkan skala dan mengecilkan jurang gaji merentasi berbagai kerjaya" - termasuk menjadikan kemahiran perdagangan dan pekerjaan kolar biru pekerjaan yang lebih bermutu.
Mengenai sama ada beliau berpendapat pembaharuan pendidikan sedemikian akan menjadi langkah pertama yang baik dalam memastikan jenis kerja yang berbeza sama dihormati, Prof Madya Tan berkata: “Ia seperti isu ini 'di mana anda bermula?' Kerana jika anda menunggu selama-lamanya untuk sikap sosial berubah, maka saya rasa anda tidak akan melihat banyak perubahan sama sekali. Jadi saya rasa satu cara untuk mencuba dan mengubah sikap sosial adalah dengan mengambil langkah dasar yang berani."
"Tetapi sudah tentu, saya perlu mengatakan bahawa langkah dasar sahaja tidak akan mengakibatkan perubahan serta merta ke arah kesamaan dan penghargaan yang lebih tinggi untuk pelbagai pilihan pendidikan serta kerjaya."
Beliau menambah bahawa "strategi pelbagai serampang untuk menangani pembaharuan pendidikan, pembaharuan di tempat kerja serta sikap sosial" akan diperlukan.
“Anda harus ingat bahawa sikap ini sudah sebati. Mereka tidak mudah diubah. Jadi anda memerlukan lebih daripada sekadar pujukan moral sahaja untuk melihat sebarang perubahan ketara dalam sikap terhadap jurang akademik-vokasional ini," tambahnya.

- Memansuhkan "pemisahan buatan" antara kelayakan teknikal dan akademik, dan mewujudkan struktur tunggal bagi semua belia berumur 16 hingga 19 tahun di England. Ia akan menggantikan semua kelayakan bukan perantisan lain di peringkat ini, bagi kumpulan umur ini
- Meningkatkan jumlah waktu mengajar sebanyak 15 peratus untuk kebanyakan pelajar berumur 16 hingga 19, daripada kira-kira 1,280 jam dalam tempoh dua tahun kepada sekurang-kurangnya 1,475 jam dalam tempoh dua tahun. Ini dijangka akan membantu negara "menghampiri norma antarabangsa" dan membantu lebih ramai pelajar berjaya
- Memastikan setiap pelajar belajar "sekurang-kurangnya satu bentuk pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik" sehingga umur 18 tahun, sekali gus "meningkatkan tahap pencapaian dan membawa Britain setaraf dengan negara-negara lain"
- Menambah jumlah mata pelajaran yang diambil oleh pelajar, untuk memberikan pilihan lebih banyak. Pelajar akan memilih gabungan mata pelajaran yang lebih besar dan lebih kecil — dipanggil 'major' dan 'minor' — daripada kedua-dua pilihan teknikal dan akademik, dan akan mempelajari sekurang-kurangnya lima subjek.
APAKAH GARIS MASA PEMBAHARUAN ITU?
Menerusi catatan yang dimuat naik ke The Education Hub - sebuah laman online yang dimiliki DFE - jabatan itu menyatakan bahawa ia akan mengambil masa "sekitar satu dekad untuk melancarkan sepenuhnya” Standard British Lanjtan itu.
"Para pelajar yang memulakan sekolah rendah penggal ini dijangka menjadi kohort pertama menduduki peperiksaan kelayakan baharu," tambahnya.
Jabatan itu juga akan mengadakan "rundingan" lewat tahun ini sebelum ia dilaksanakan, "sambil bertanya kepada penyedia pendidikan dan pihak berkepentingan lain cara terbaik untuk mereka membentuk dan melaksanakan Standard British Lanjutan itu".
Namun, kesatuan pendidikan Britain menyatakan bahawa rancangan itu sesuatu yang "mudah dipertimbangkan tetapi sukar dilaksanakan" disebabkan masalah kekurangan tenaga pengajar.
APAKAH KESANNYA KE ATAS SINGAPURA?
Pakar memberitahu Mediacorp bahawa mereka tidak menjangka pembaharuan itu akan memberi kesan yang ketara ke atas Singapura.
Peperiksaan peringkat A — yang diperkenalkan pada 1975 — dipisahkan daripada peperiksaan GCE A-Level UK pada 2002, kata Dr Wong Hwei Ming, penolong pengarah pusat pendidikan di Pusat Penyelidikan dalam Pedagogi dan Amalan Institut Pendidikan di Universiti Teknologi Nanyang.
Langkah itu sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan (MOE) untuk mempunyai "pengurusan pentadbiran peperiksaan yang lebih baik", tambahnya.
Memandangkan peperiksaan GCE A Singapura pada masa ini disesuaikan dengan kurikulum yang ditetapkan oleh MOE, pengumuman baru-baru ini dari UK tidak mungkin memberi kesan ketara ke atas Singapura, kata Dr Wong.
Ditanya sama ada kelayakan seperti Standard British Lanjutan baharu itu boleh disesuakan di Singapura, Profesor Madya Jason Tan dari Institut Pendidikan Nasional, yang subjek kajiannya termasuk pendidikan perbandingan dan pembaharuan pendidikan, berkata: “Saya fikir apa yang penting adalah mereka membentuk dasar yang paling sesuai dengan konteks tempatan.
“Oleh kerana, sudah tentu, setiap negara mempunyai konteks sosiopolitik yang tersendiri yang perlu ditangani — jadi saya tidak fikir ia langkah yang bijak untuk menggunakan pembaharuan pendidikan negara lain secara keseluruhannya tanpa sebarang (penyesuaian mengikut konteks).
"Bagi saya ia sangat adil untuk mengatakan bahawa peperiksaan peringkat A tertumpu kepada kemasukan ke universiti. Ia tidak bertujuan untuk menjadi kelayakan vokasional seperti yang kelayakan politeknik atau Institut Pendidikan Teknikal.
“Dan pada masa ini keutamaan Kementerian Pendidikan nampaknya adalah untuk mengekalkan tiga jenis laluan berasingan ini dan bukannya mencuba apa-apa jenis penggabungan merentasi tiga laluan. (Tetapi) saya rasa, mari kita tunggu dan lihat."
Sekalipun demikian, pakar mengakui bahawa Singapura berdepan isu yang sama dalam memastikan "kesamaan antara pendidikan akademik dan teknikal" yang dibicarakan oleh Encik Sunak.
Pada awal April tahun ini, semasa pembukaan sesi kedua Parlimen ke-14, mantan Presiden Halimah Yacob bercakap tentang perlunya untuk memastikan "meritokrasi yang lebih luas dan terbuka" yang sesuai dengan rakyat Singapura.
Semasa perbahasan seterusnya mengenai ucapannya di Parlimen, Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong bercakap tentang "perubahan minda" yang diperlukan dan cara untuk "mencondongkan skala dan mengecilkan jurang gaji merentasi berbagai kerjaya" - termasuk menjadikan kemahiran perdagangan dan pekerjaan kolar biru pekerjaan yang lebih bermutu.
Mengenai sama ada beliau berpendapat pembaharuan pendidikan sedemikian akan menjadi langkah pertama yang baik dalam memastikan jenis kerja yang berbeza sama dihormati, Prof Madya Tan berkata: “Ia seperti isu ini 'di mana anda bermula?' Kerana jika anda menunggu selama-lamanya untuk sikap sosial berubah, maka saya rasa anda tidak akan melihat banyak perubahan sama sekali. Jadi saya rasa satu cara untuk mencuba dan mengubah sikap sosial adalah dengan mengambil langkah dasar yang berani."
"Tetapi sudah tentu, saya perlu mengatakan bahawa langkah dasar sahaja tidak akan mengakibatkan perubahan serta merta ke arah kesamaan dan penghargaan yang lebih tinggi untuk pelbagai pilihan pendidikan serta kerjaya."
Beliau menambah bahawa "strategi pelbagai serampang untuk menangani pembaharuan pendidikan, pembaharuan di tempat kerja serta sikap sosial" akan diperlukan.
“Anda harus ingat bahawa sikap ini sudah sebati. Mereka tidak mudah diubah. Jadi anda memerlukan lebih daripada sekadar pujukan moral sahaja untuk melihat sebarang perubahan ketara dalam sikap terhadap jurang akademik-vokasional ini," tambahnya.
Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.